RUT 4:14-17
RUT 4:14-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Kaum perempuan di tempat itu berkata kepada Naomi, “Pujilah TUHAN! Hari ini, Dia telah memberi kamu seorang cucu untuk memelihara kamu. Semoga anak ini terkenal di Israel kelak. Menantumu yang mengasihi kamu telah memperlakukan kamu lebih baik daripada tujuh orang anak lelaki. Sekarang dia telah memberi kamu seorang cucu yang akan memberikan hidup yang baru kepadamu, dan menjamin hari tuamu.” Naomi mengambil anak itu, memeluknya serta mengasuh dia. Kaum perempuan yang berjiran dengan Naomi menamakan anak itu Obed. Mereka berkata kepada setiap orang, “Naomi mempunyai seorang anak lelaki!” Obed inilah yang kemudian menjadi bapa Isai, dan Isai menjadi bapa Daud.
RUT 4:14-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lantas kalangan kaum wanita pun berkata kepada Naomi, “Terpujilah TUHAN, yang tidak membiarkan kamu tanpa seorang penebus. Termasyhurlah kiranya nama anak ini di Israel. Semoga dia jugalah yang menjadi penyeri yang menyegarkan jiwamu dan memelihara kamu pada hari tuamu kerana menantumu yang mengasihimu dan yang lebih berharga bagimu daripada tujuh orang anak lelaki, telah melahirkannya.” Naomi pun mengambil serta meriba bayi itu lalu menjadi pengasuhnya. Para jiran wanita menamakan bayi itu sambil berkata, “Kepada Naomi, seorang putera telah dilahirkan.” Lalu mereka menamakan bayi itu Obed. Dan Obed ialah bapa Isai, iaitu bapa Daud.