RUT 3:5-10
RUT 3:5-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Rut menjawab, “Saya akan menurut segala kata mak.” Kemudian Rut pergi ke tempat mengirik barli dan melakukan seperti yang disuruh oleh ibu mentuanya. Setelah Boas makan dan minum, dia berasa gembira. Dia pergi ke tempat timbunan barli, lalu baring dan tidur. Kemudian Rut mendekatinya dengan diam-diam. Dia membuka selimut Boas lalu tidur dekat kakinya. Kira-kira pada tengah malam, Boas terjaga dan membalikkan badannya. Dia terkejut melihat seorang wanita tidur dekat kakinya. “Siapakah kamu?” tanya Boas. “Saya Rut, tuan,” jawabnya. “Sudilah tuan mengembangkan jubah untuk melindungi saya; sudilah menjadikan saya isteri tuan. Oleh sebab tuan saudara dekat kami, tuanlah yang bertanggungjawab terhadap hidup saya.” “TUHAN memberkati kamu,” kata Boas. “Dengan perbuatanmu ini, kamu menunjukkan kesetiaan yang lebih besar daripada apa yang telah kamu lakukan terhadap ibu mentuamu. Sebenarnya, kamu boleh mencari seorang pemuda, baik yang kaya ataupun yang miskin, tetapi kamu tidak berbuat demikian.
RUT 3:5-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jawab Rut kepadanya, “Aku akan ikut segala yang ibu suruh aku lakukan.” Sesudah itu pergilah dia ke tempat pembantingan. Dia pun melakukan tepat seperti yang disuruh oleh mertuanya. Setelah Boas habis makan dan minum dan hatinya gembira, datanglah dia membaringkan diri untuk tidur pada hujung timbunan barli itu. Kemudian secara diam-diam, datanglah perempuan itu lalu disingkapkannya selimut dari kaki Boas dan berbaringlah dia di situ. Sewaktu tengah malam, terkejutlah lelaki itu, lalu apabila dia membalikkan badan ke hadapan, ternyata seorang perempuan berbaring di sisi kakinya. “Siapakah engkau ini?” tanya Boas. Lalu dijawab, “Saya Rut, hamba tuan. Semoga tuan sudi kembangkan sayap demi menaungi hambamu ini, kerana tuan kerabat kami yang terdekat.” “Semoga TUHAN memberkati kamu, anakku,” kata Boas. “Terbukti, berbanding dengan kebaikanmu yang terdahulu, lebih baik perbuatan baik kamu kini, kerana kamu tidak mencari lelaki yang lebih muda sama ada dia kaya atau miskin.