RUT 3:16-18
RUT 3:16-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila Rut tiba di rumah, ibu mentuanya bertanya kepadanya, “Apa yang terjadi, nak?” Rut menceritakan segala yang telah dilakukan Boas baginya. Rut berkata lagi, “Kata Boas, saya tidak boleh balik kepada mak dengan tangan kosong. Lalu dia memberikan semua barli ini kepada saya.” Naomi berkata kepadanya, “Bersabarlah, Rut. Engkau akan menyaksikan kesudahan segala perkara ini. Boas tidak akan berdiam diri selagi dia tidak menyelesaikan perkara ini hari ini juga.”
RUT 3:16-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setibanya Rut di rumah, ibu mertuanya bertanya, “Bagaimana jadinya, anakku?” Maka Rut menceritakan semua yang dilakukan Boas kepadanya. “Dan,” tambah Rut lagi, “Dia juga memberikan enam sukatan barli ini, kerana katanya aku tidak boleh pulang kepada ibu dengan tangan kosong.” Lalu kata Naomi, “Tunggu sahaja, anakku, sampai kamu tahu bagaimana sudahnya hal ini. Boas tidak akan diam sehingga dia sudah menyelesaikan perkara ini pada hari ini juga.”