RUT 3:1-5
RUT 3:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Naomi berkata kepada Rut, “Aku harus mendapatkan suami untukmu, supaya engkau mempunyai rumah tangga sendiri dan hidup bahagia. Ketahuilah, pemilik ladang tempat engkau bekerja dengan para pekerja wanita itu saudara dekat kita. Oleh itu, dengarlah! Senja ini dia akan mengirik barli. Mandilah sekarang dan gunalah minyak wangi dan pakailah bajumu yang tercantik. Kemudian pergilah ke tempat dia mengirik barli, tetapi jangan tunjukkan dirimu sehingga dia selesai makan dan minum. Perhatikanlah tempat dia berbaring. Setelah dia lena, bukalah selimutnya dan baringlah dekat kakinya. Kemudian dia akan memberitahu engkau apa yang harus engkau lakukan.” Rut menjawab, “Saya akan menurut segala kata mak.”
RUT 3:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lalu berkatalah Naomi kepada menantunya, “Bagaimana jika aku mendapatkan tempat bernaung untuk kamu, ya anakku, agar kamu berbahagia? Bukankah Boas, saudara kita dan kamu pula bersama-sama para pekerjanya? Lihatlah nanti, pada malam ini dia akan menampi barli di tempat pembantingan. Jadi, mandi dan berlangirlah dan kenakanlah pakaian terbaikmu dan pergilah ke tempat pembantingan itu. Tetapi usah biar dia tahu bahawa kamu di situ selagi dia belum selesai makan dan minum. Maka hendaklah kamu perhatikan di mana dia membaringkan diri untuk tidur. Kemudian pergilah dan singkapkan selimut daripada kakinya dan berbaringlah kamu di sana. Dia akan memberitahu kamu apa yang harus kamu lakukan.” Jawab Rut kepadanya, “Aku akan ikut segala yang ibu suruh aku lakukan.”