Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

RUT 2:20-22

RUT 2:20-22 Alkitab Berita Baik (ABB96)

“Semoga TUHAN memberkati Boas!” kata Naomi kepada Rut. “TUHAN sentiasa menepati janji-Nya, baik kepada orang yang masih hidup mahupun kepada orang yang sudah meninggal.” Katanya lagi, “Orang itu saudara dekat kita. Dialah yang patut bertanggungjawab terhadap kita.” Rut berkata, “Lagi pula, dia membenarkan saya memungut barli bersama-sama para pekerjanya sehingga mereka habis menuai seluruh ladang itu.” Naomi berkata kepada Rut, “Memang, nak. Lebih baik engkau bekerja dengan para pekerja wanita di ladang Boas. Jika engkau bekerja di ladang orang lain, mungkin engkau akan diganggu oleh orang di sana.”

Kongsi
Baca RUT 2

RUT 2:20-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Naomi memberitahu menantunya, “Semoga dia diberkati TUHAN kerana kebaikan-Nya tidak akan meninggalkan baik orang yang hidup mahupun yang telah mati.” Seterusnya Naomi berkata, “Orang itu kaum kerabat kita yang dekat, dan dialah salah seorang penebus kita.” Lalu berkata Rut, perempuan Moab itu, “Lagipun dia berkata kepadaku, ‘Hendaklah kamu tetap bersama-sama para pekerjaku sehingga mereka menyelesaikan keseluruhan penuaianku.’ ” Berkatalah Naomi kepada Rut, menantunya, “Baik juga anakku keluar bersama-sama para pekerja perempuannya supaya tiada orang di ladang lain kelak mencederakan kamu.”

Kongsi
Baca RUT 2
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video