RUT 2:11-12
RUT 2:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Boas menjawab, “Saya telah mendengar segala sesuatu yang kamu lakukan bagi ibu mentuamu sejak suamimu meninggal. Saya tahu bahawa kamu telah meninggalkan ibu bapa dan negeri kamu untuk tinggal bersama dengan bangsa yang tidak kamu kenal. Semoga TUHAN membalas segala kebaikanmu. Semoga kamu menerima apa yang patut diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah Israel, kerana kamu telah datang untuk berlindung kepada-Nya!”
RUT 2:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Boas menjawab, “Sudah dilaporkan kepadaku dengan lengkap segala sesuatu yang engkau lakukan demi mertuamu susulan kematian suamimu, dan bagaimana kamu meninggalkan ibu bapa dan tanah tumpah darahmu lalu pergi kepada suatu kaum yang tidak kamu kenal sebelum ini. Semoga TUHAN membalas jasa baikmu dan semoga kepadamu pahala sepenuhnya dianugerahkan TUHAN, Allah Israel, yang di bawah sayap-Nya kamu datang berlindung.”