RUT 1:3-5,20-21
RUT 1:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Elimelekh meninggal, maka tinggal Naomi bersama dengan dua orang anak lelakinya. Anak-anak lelakinya itu berkahwin dengan perempuan Moab, yang bernama Orpa dan Rut. Setelah mereka tinggal di Moab selama sepuluh tahun, Mahlon dan Kilyon pula meninggal, maka tinggal Naomi seorang diri. Dia kehilangan suaminya dan kedua-dua orang anaknya.
RUT 1:20-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Naomi menjawab, “Janganlah panggil saya Naomi. Panggillah saya Mara, kerana Allah Yang Maha Kuasa telah menjadikan kehidupan saya pahit. Dahulu ketika saya meninggalkan tempat ini saya berkecukupan, tetapi sekarang TUHAN membawa saya balik dengan tidak mempunyai apa-apa. Oleh itu, janganlah panggil saya Naomi lagi, kerana TUHAN Yang Maha Kuasa telah menghukum saya dengan banyak penderitaan.”
RUT 1:3-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Elimelekh, suami Naomi, mati; dan Naomi ditinggalkan dengan dua orang anaknya. Kedua-dua orang anak itu memperisteri perempuan bani Moab, masing-masing bernama Orpa dan Rut. Mereka tinggal di sana selama kira-kira sepuluh tahun. Selepas itu, Mahlon dan Kilyon juga mati. Oleh itu, perempuan itu kehilangan suami dan juga kedua-dua orang anaknya.
Rut 1:20-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi dia berkata kepada mereka, “Janganlah memanggilku Naomi; panggil aku Mara, kerana Yang Maha Kuasa telah membuat hidupku terlalu pahit. Aku keluar dari sini dengan tangan yang penuh tetapi TUHAN membawa aku pulang dengan tangan yang kosong. Mengapa panggilku ‘Naomi’ walhal kesaksian TUHAN menentangku malah Yang Maha Kuasa juga menimpakan bencana kepadaku?”