ROMA 9:25-26
ROMA 9:25-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Di dalam kitab Nabi Hosea, Allah berfirman, “Orang yang bukan umat-Ku, akan Aku sebut ‘Umat-Ku.’ Bangsa yang tidak Aku kasihi, akan Aku sebut ‘Kekasih-Ku.’ Di tempat Allah berfirman, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ di situ juga mereka akan disebut anak-anak Allah yang hidup.”
ROMA 9:25-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka spŭrti fŭrman Allah dalam kitab nabi Hushia, Aku akan mŭmanggil marika itu kaumku yang bukannya kaumku dahulu; maka kŭkasih pŭrampuan itu yang bukan kŭkasihnya dahulu. Maka kŭlak akan jadi dalam tŭmpat yang tŭlah dikatakan pada marika itu, bahwa kamulah bukannya kaumku, maka disanalah marika itu akan dinamai anak anak Allah yang hidop.
ROMA 9:25-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebagaimana telah disampaikan-Nya melalui Hosea: “Aku akan memanggil mereka ‘umat-Ku’ sedangkan mereka bukan umat-Ku; dan Aku akan memanggil dia ‘orang yang Kukasihi’ sedangkan dia bukan orang yang Kukasihi. Dan, akan terjadi bahawa di mana telah dikatakan kepada mereka, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ di situlah mereka akan dipanggil anak-anak Allah yang hidup.”