ROMA 9:1-5
ROMA 9:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Apa yang aku katakan ini benar; aku milik Kristus dan aku tidak berdusta. Hati nuraniku yang dikuasai oleh Roh Allah, juga meyakinkan aku bahawa aku tidak berdusta. Aku sangat sedih dan menderita, kerana saudara-saudaraku, orang yang sebangsa denganku. Bagi kepentingan mereka, aku rela dikutuk oleh Allah dan dipisahkan daripada Kristus. Merekalah umat yang dipilih oleh Allah; Allah menjadikan mereka anak-Nya sendiri dan menunjukkan kemuliaan-Nya kepada mereka. Dia mengadakan perjanjian-perjanjian dengan mereka dan memberi mereka Taurat. Mereka diberitahu oleh Allah cara menyembah Dia dengan betul, dan mereka menerima janji-janji Allah. Mereka keturunan nenek moyang kita yang terkemuka. Kristus, sebagai manusia, berasal daripada bangsa mereka. Hendaklah Allah yang menguasai segala sesuatu, dipuji selama-lamanya! Amin.
ROMA 9:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
ADAPUN aku bŭrkata dŭngan sŭbŭnarnya, dŭmi Almasih tiada aku bŭrdusta, angan anganku pun mŭnjadi saksi padaku dŭngan Roh Alkudos. Bahwa aku tŭlah mŭrasai bŭbrapa kŭbratan dan kadukaan pada sŭdiakala dalam hatiku. Kŭrna kalau bulih dŭngan bulihnya aku kahandaki supaya aku sŭndiri bŭrla’nat deripada Almasih ulih sŭbab saudara saudaraku, iya itu orang sa’bangsa dŭngan aku, dan sa’daging darah dŭngan aku. Iya itu orang Israil yang mŭmpunyai kwasa diangkat anak, dan kŭmuliaan, dan sagala waad, dan pŭmbrian tauret, dan kŭbaktian kapada Allah, dan sagala pŭrjanjian: Dan yang ampunya nenek moyang, maka deripada orang orang itulah, mŭnurot chara manusia, Almasih tŭlah datang, maka iyalah yang diatas skalian, maka sagala puji bagie Allah slama lamanya: Amin.
ROMA 9:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku berkata benar dalam Kristus. Aku tidak berdusta, hati nuraniku mengesahkannya dalam Roh Kudus. Aku teramat sedih dan gundah dalam hatiku. Kerana aku rela terkutuk dan terpisah daripada Kristus untuk kepentingan saudara-saudara sebangsaku. Mereka itu orang Israel. Untuk mereka pengangkatan sebagai anak Allah; untuk mereka kemuliaan ilahi; perjanjian-perjanjian; penerimaan hukum, ibadat di Bait Suci, dan janji-janji. Mereka ialah keturunan nenek moyang yang termasyhur. Bahkan dari antara mereka jugalah Kristus lahir sebagai manusia. Dialah yang terutama dari segala sesuatu, Allah yang terpuji selama-lamanya. Amin.