ROMA 8:5-7
ROMA 8:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang yang hidup menurut kehendak tabiat manusia, fikiran mereka dikuasai oleh tabiat manusia. Orang yang hidup menurut kehendak Roh Allah, fikiran mereka dikuasai oleh Roh Allah. Jika fikiran kamu dikuasai oleh tabiat manusia, hal itu mengakibatkan kematian. Tetapi jika fikiran kamu dikuasai oleh Roh Allah, Allah akan mengurniai kamu hidup dan kedamaian. Seseorang yang fikirannya dikuasai oleh tabiat manusia, menjadi musuh Allah. Orang itu tidak mentaati hukum Allah, dan sebenarnya dia tidak dapat mentaati hukum Allah.
ROMA 8:5-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna orang yang mŭnurot hawa nafsu itu, iya mŭngindahkan sagala pŭrkara hawa nafsu itu; tŭtapi orang yang mŭnurot kahandak Roh itu, maka iya mŭngindahkan sagala pŭrkara Roh adanya. Kŭrna mŭngikot hawa nafsu itu, iya itu mati adanya; tŭtapi mŭnurot Roh itulah hidop dan slamat adanya. Kŭrna hawa nasu itulah bŭrsŭtru kapada Allah, kŭrna iya itu tiada ta’alok kapada hukum Allah, skali kali pun ta’bulih.
ROMA 8:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bagi orang yang hidup menurut sifat tabii yang berdosa, fikirannya tertumpu kepada apa yang diingini oleh sifat tabii itu; tetapi bagi orang yang hidup menurut Roh, jiwanya tertumpu kepada apa yang diingini oleh Roh. Fikiran yang dikuasai oleh sifat tabii yang berdosa, adalah kematian. Tetapi fikiran yang dikuasai oleh Roh, adalah kehidupan dan kesejahteraan. Fikiran sifat tabii yang berdosa memusuhi Allah kerana fikiran demikian tidak tunduk kepada hukum Allah dan tidak dapat berbuat demikian.