ROMA 8:35-39
ROMA 8:35-39 Alkitab Berita Baik (BM)
Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian. Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, “Sepanjang masa kami menghadapi bahaya maut kerana Engkau. Kami diperlakukan seperti domba yang akan disembelih.” Tidak! Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita! Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang; baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi - tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!
ROMA 8:35-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka siapakah kŭlak yang mŭnchŭriekan kita deri pada kasih Almasih itu? Ta’kan kasukaran, atau kasusahan, atau annyaya, atau kŭlaparan, atau kŭtŭlanjangan, atau bahya, atau pŭdangkah? Spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Ulih sŭbab angkaulah kita dibunoh dalam sŭpanjang panjang hari, dan kita pun dibilangkan spŭrti domba yang akan disŭmbleh. Bahkan dalam sagala pŭrkara ini kita tŭrlebih pula mŭnang dŭngan bŭrkatnya dia yang mŭngasih kita. Kŭrna yakinlah aku, bahwa baik mati, atau hidop; baik mŭliekat, atau sagala pŭmŭrentah; baik kwasa, atau pŭrkara pŭrkara yang halir, baik pŭrkara pŭrkara yang akan datang; Atau tinggi, baik dalam, atau barang suatu makhlok yang lain pun, tiada dapat mŭnchŭriekan kita deripada kasihan Allah yang ada dalam Isa Almasih Tuhan kita.
ROMA 8:35-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Siapa yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus? Kekacauan atau kesusahan atau penganiayaan atau kebuluran atau ketelanjangan atau bahaya atau pedang? Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: “Kerana-Mu kami menghadapi maut sepanjang hari; Kami dianggap sebagai domba untuk disembelih.” Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita. Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.