ROMA 8:28-30
ROMA 8:28-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya. Mereka yang sudah dipilih oleh Allah, juga telah ditetapkan-Nya dari dahulu supaya menjadi seperti Anak-Nya, Yesus Kristus. Dengan demikian Anak itu menjadi yang pertama antara banyak saudara. Begitulah Allah memanggil mereka yang telah ditetapkan-Nya dari dahulu; Allah membolehkan mereka yang dipanggil-Nya itu berbaik semula dengan Dia, dan Allah memberikan sebahagian daripada kemuliaan-Nya kepada mereka yang dibolehkan-Nya berbaik semula dengan Dia.
ROMA 8:28-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kami mŭngtahui, bahwa sagala pŭrkara bŭkŭrja bŭrsama sama akan mŭndatangkan kŭbajikan kapada orang orang yang mŭngasihi Allah, iyaani kapada marika itu yang tŭlah dipileh itu sŭkŭdar kahandak Allah. Adapun orang yang tŭlah dikŭtahui tŭrdahulu itu, maka marika itulah ditakdirkannya akan mŭnjadi sŭrupa tauladan anaknya, supaya iya mŭnjadi anak sulong diantara saudara saudara yang banyak itu. Tambahan pula orang yang tŭlah ditakdirkannya itu, maka iyalah juga yang dipileh; maka orang orang yang dipilehnya itu, maka iyalah juga yang dibŭnarkannya, dan orang yang dibŭnarkannya itulah juga dipŭrmuliakannya.
ROMA 8:28-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya. Kerana dari mulanya dahulu Allah telah menentukan mereka yang dipilih-Nya supaya menjadi selaras dengan rupa Anak-Nya, maka Anak itu merupakan yang sulung di antara saudara yang ramai. Dan orang yang ditentukan Allah dari mulanya dahulu dipanggil-Nya; orang yang dipanggil-Nya itu diperbenar-Nya; orang yang diperbenar-Nya itu dipermulia-Nya pula.