ROMA 8:19-23
ROMA 8:19-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Dengan penuh kerinduan, alam semesta menanti-nantikan masanya Allah menunjukkan anak-anak-Nya. Alam semesta sudah dibiarkan menjadi sia-sia, bukan kerana kehendak sendiri, tetapi kerana Allah menetapkannya demikian. Meskipun demikian ada juga harapan bahawa pada suatu hari alam semesta akan dibebaskan daripada kuasa yang menghancurkannya, lalu menikmati kebebasan dan kemuliaan dengan anak-anak Allah. Kita tahu bahawa sehingga saat ini alam semesta merintih kesakitan seperti kesakitan yang dialami wanita yang bersalin. Bukan sahaja alam semesta yang merintih, tetapi kita juga merintih dalam batin. Kita yang sudah menerima Roh Allah sebagai kurnia Allah yang pertama, pun masih menunggu masanya Allah menjadikan kita anak-anak-Nya dan membebaskan diri kita seluruhnya.
ROMA 8:19-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna harap dŭngan yakin deripada makhlok itu mŭnantikan kŭnyataan sagala kanak kanak Allah. Kŭrna makhlok itu tŭlah ta’loklah kapada sia sia adanya, bukannya dŭngan sŭngajanya, mŭlainkan tŭrsŭbab ulih Tuhan yang tŭlah mŭna’lokkan iya kapada harap itu. Kŭrna makhlok itu sŭndirinya pun akan dilŭpaskan deripada tawanan kabinasaan itu masok kapada kŭmuliaan bibas kanak kanak Allah. Kŭrna kita tŭlah mŭngtahui, bahwa sagala makhlok itu mŭngŭrang dan kŭloh kŭsah dalam kŭsakitan bŭrsama sama sampielah skarang ini. Dan bukannya marika itu sahja, mŭlainkan diri kita pun yang tŭlah mŭndapat buah bungaran sulong roh itu, kita sŭndiri pun mŭngŭrang dalam diri kita sŭndiri, sŭrta mŭnantikan akan diangkat anak, iya itu tŭbusan tuboh kita.
ROMA 8:19-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seluruh ciptaan menanti-nantikan saatnya Allah menyerlahkan anak-anak-Nya. Kerana seluruh ciptaan telah ditundukkan dalam kebuntuan, bukan dengan pilihannya sendiri, tetapi dengan kehendak Dia yang telah menundukkannya, dengan harapan bahawa ciptaan itu sendiri akan dibebaskan daripada belenggu kemusnahan dan dibawa ke dalam kebebasan penuh kemuliaan anak-anak Allah. Kita tahu bahawa sampai ke saat ini seluruh ciptaan mengerang bagaikan sakit melahirkan anak. Lebih daripada itu, kita sendiri yang mendapat buah pertama Roh Allah, turut mengerang dalam batin sambil menanti-nantikan pengangkatan sebagai anak, iaitu penebusan tubuh kita.