ROMA 8:12-14
ROMA 8:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu saudara-saudaraku, inilah kewajipan kita: Kita tidak boleh hidup menurut kehendak tabiat manusia. Jika kamu hidup menurut tabiat manusia, kamu akan mati; tetapi jika dengan kuasa Roh Allah kamu mematikan semua perbuatan kamu yang berdosa, kamu akan hidup. Orang yang dipimpin oleh Roh Allah ialah anak-anak Allah.
ROMA 8:12-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah hie sagala saudaraku, bahwa kita orang bŭrhutang bukannya kapada hawa nafsu itu, akan hidop mŭnurotkan hawa nafsu. Kŭrna jikalau kamu hidop mŭnurotkan hawa nafsu itu, maka kamu kŭlak mati; tŭtapi jikalau kamu mŭmatikan pŭrbuatan hawa nafsu itu dŭngan tulong Roh, maka kamu akan hidop. Kŭrna sŭbrapa orang yang dipimpin ulih Roh Allah itu, iya itulah anak anak Allah adanya.
ROMA 8:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian, saudara-saudaraku, kita ada kewajipan tetapi bukan terhadap sifat tabii yang berdosa dan hidup menurut sifat tabii itu. Kerana jika kamu hidup menurut sifat tabii yang berdosa, kamu akan mati; tetapi jika dengan Roh itu kamu mematikan perbuatan-perbuatan salah tubuhmu, kamu akan hidup, kerana orang yang dipimpin oleh Roh Allah ialah anak-anak Allah.