ROMA 8:10-11
ROMA 8:10-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi jika Kristus hidup dalam diri kamu, Roh Allah mengurniakan hidup kepada kamu, walaupun badan kamu akan mati kerana dosa. Hal itu demikian kerana kamu sudah berbaik semula dengan Allah. Jika Roh Allah yang membangkitkan Kristus daripada kematian, hidup dalam diri kamu, Dia yang membangkitkan Kristus daripada kematian itu, juga akan menghidupkan badan kamu yang fana. Dia melakukannya dengan Roh-Nya yang hidup dalam diri kamu.
ROMA 8:10-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan jikalau kiranya Almasih itu ada dalam kamu, maka tuboh itu matilah sŭbab dosa, tŭtapi nyawa itu hidoplah juga adanya sŭbab kabŭnaran. Tŭtapi jikalau Roh Tuhan yang mŭmbangkitkan Isa deripada mati ada diam dalam kamu, maka iya yang mŭmbangkitkan Almasih deripada mati itu juga kŭlak mŭnghidopkan tuboh kamu yang fana itu dŭngan rohnya yang ada diam dalam kamu.
ROMA 8:10-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebaliknya jika Kristus ada dalam dirimu, tubuhmu mati kerana dosa, namun rohmu hidup kerana perbenaran. Dan jika Roh Dia yang telah membangkitkan Yesus daripada kematian hidup dalam dirimu, maka Dia yang telah membangkitkan Kristus Yesus daripada kematian akan juga memberikan kehidupan kepada tubuhmu yang fana melalui Roh-Nya, yang hidup dalam dirimu.