ROMA 7:24-25
ROMA 7:24-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Beginilah keadaanku: aku mentaati hukum Allah dengan akal budi sahaja, sedangkan tabiatku sebagai manusia mengikut hukum dosa. Alangkah malangnya aku ini! Siapakah yang dapat menyelamatkan aku daripada tubuh ini yang membawa aku kepada kematian? Aku bersyukur kepada Allah; Dia menyelamatkan aku melalui Yesus Kristus!
ROMA 7:24-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Hie chilakanya aku ini, siapakah kŭlak akan mŭlŭpaskan aku deripada tuboh kŭmatian ini? Aku mŭnguchap shukorlah kapada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami, maka dŭngan hal yang dŭmkianlah aku ini mŭnurot akan hukum Allah dŭngan niat yang baik itu, tŭtapi dŭngan nafsu jahat itu mŭnurot hukum dosa.
ROMA 7:24-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Alangkah sengsaranya aku! Siapa yang akan menyelamatkanku daripada tubuh kematian ini? Syukur kepada Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita! Oleh itu, dalam jiwaku aku mengabdi kepada hukum Allah, tetapi dalam sifat tabii yang berdosa aku mengabdi kepada hukum dosa.