ROMA 7:20-23
ROMA 7:20-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika aku melakukan perkara-perkara yang tidak ingin aku lakukan, hal ini bererti bukan aku yang melakukannya, melainkan dosa yang menguasai diriku. Oleh itu aku mendapati hukum ini berlaku: Apabila aku mahu melakukan yang baik, yang jahat sahaja menjadi pilihanku. Batinku suka akan hukum daripada Allah. Tetapi aku sedar bahawa dalam diriku ada hukum lain yang bertentangan dengan hukum yang diakui oleh akal budiku. Itulah sebabnya aku ditawan oleh hukum dosa yang menguasai diriku.
ROMA 7:20-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun jikalau aku bŭrbuat pŭrkara yang tiada aku kahandaki itu, maka iya itu bukannya aku yang bŭrbuat itu, mŭlainkan dosa yang ada dalam dirikulah bŭrbuat itu. Maka sŭbab itu aku tŭlah mŭndapat satu hukum, tŭtkala aku handak bŭrbuat baik, maka jahat itu adalah hampir padaku. Kŭrna aku bŭrsuka sukalah pada hukum Allah mŭnurot pri tabiat yang baik. Tŭtapi aku mŭlihat ada pula suatu hukum yang lain didalam anggota anggotaku, yang bŭrprang mŭlawan iya akan hukum tabiatku yang baik itu, sŭrta mŭmbawa akan daku tawanan, iya itu kapada hukum dosa yang ada dalam anggota anggotaku.
ROMA 7:20-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jika aku melakukan sesuatu yang tidak ingin kulakukan, bukanlah lagi aku yang melakukannya tetapi dosa yang hidup dalam dirikulah yang melakukan. Oleh itu, aku mendapati hukum ini berlangsung; apabila aku hendak melakukan kebaikan, kejahatan bertapak di sisiku. Kerana dalam jiwaku aku suka akan hukum Allah tetapi aku melihat hukum lain bertindak dalam anggota-anggota tubuhku, memerangi hukum jiwaku dan membuat aku terpenjara dalam hukum dosa yang bertindak dalam anggota-anggota tubuhku.