ROMA 6:6-7
ROMA 6:6-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab kita tŭlah mŭngtahui, bahwa tabiat kita yang lama itu tŭlah disalibkan dŭngan Almasih, supaya tuboh dosa itu bulih dibinasakan, maka kumdian kŭlak tiada lagi kita dipŭrhambakan ulih dosa adanya. Kŭrna orang yang tŭlah mati itu, maka iya itu tŭlah mŭrdehka deripada dosa.
ROMA 6:6-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana kita tahu bahawa diri kita yang dahulu telah disalib bersama-Nya supaya tubuh dosa itu dapat dihapuskan, dan kita tidak lagi diperhamba oleh dosa. Kerana sesiapa yang telah mati, dia dibebaskan daripada dosa.
ROMA 6:6-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Kita tahu bahawa tabiat kita yang lama sudah disalibkan bersama-sama Kristus, supaya kuasa tabiat kita yang berdosa itu dimusnahkan, dan kita tidak akan diperhamba oleh dosa lagi. Hal itu demikian, kerana apabila seseorang mati, dia dibebaskan daripada kuasa dosa.