ROMA 6:6-11
ROMA 6:6-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Kita tahu bahawa tabiat kita yang lama sudah disalibkan bersama-sama Kristus, supaya kuasa tabiat kita yang berdosa itu dimusnahkan, dan kita tidak akan diperhamba oleh dosa lagi. Hal itu demikian, kerana apabila seseorang mati, dia dibebaskan daripada kuasa dosa. Jika kita sudah mati bersama-sama Kristus, kita percaya bahawa kita pun akan hidup bersama-sama Dia. Hal itu demikian, kerana kita tahu bahawa Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Dia tidak akan mati lagi; kematian tidak berkuasa atas-Nya lagi. Kematian Kristus itu kematian terhadap dosa. Perkara itu berlaku satu kali sahaja untuk selama-lamanya. Tetapi hidup-Nya sekarang adalah hidup bagi Allah. Kamu juga harus menganggap diri kamu mati terhadap dosa, tetapi hidup erat dengan Allah melalui Kristus Yesus.
ROMA 6:6-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab kita tŭlah mŭngtahui, bahwa tabiat kita yang lama itu tŭlah disalibkan dŭngan Almasih, supaya tuboh dosa itu bulih dibinasakan, maka kumdian kŭlak tiada lagi kita dipŭrhambakan ulih dosa adanya. Kŭrna orang yang tŭlah mati itu, maka iya itu tŭlah mŭrdehka deripada dosa. Adapun jikalau kita tŭlah mati bŭrsama sama dŭngan Almasih, maka kita pŭrchaya bahwa kita pun kŭlak hidop pula bŭrsama sama dŭngan dia. Sŭbab kita mŭngŭtahui, bahwa Almasih yang tŭlah dibangkitkan deripada kŭmatiannya itu, tiadalah akan mati lagi, bahwa kŭmatian itu tiada lagi bulih mŭna’alokkan dia. Kŭrna derihal iya tŭlah mati itu, skali sahja dia mati sŭbab dosa; tŭtapi derihal hidopnya pun, maka hidoplah iya kŭrna Allah. Lagi pun handaklah kamu kirakan dirimu sŭndiri pun spŭrti mati sungguh kapada dosa, tŭtapi hidop pula kapada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kita.
ROMA 6:6-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana kita tahu bahawa diri kita yang dahulu telah disalib bersama-Nya supaya tubuh dosa itu dapat dihapuskan, dan kita tidak lagi diperhamba oleh dosa. Kerana sesiapa yang telah mati, dia dibebaskan daripada dosa. Jika kita telah mati bersama Kristus, kita percaya bahawa kita akan hidup dengan-Nya juga. Kerana kita tahu bahawa oleh sebab Kristus telah dibangkitkan daripada kematian, Dia tidak mungkin mati lagi; kematian tidak berkuasa atas-Nya lagi. Dengan kematian-Nya, Dia telah mati kepada dosa sekali untuk selama-lamanya; tetapi dengan kehidupan-Nya, Dia hidup kepada Allah. Demikian juga, anggaplah dirimu telah mati kepada dosa tetapi hidup kepada Allah dalam Kristus Yesus.