ROMA 6:5-7
ROMA 6:5-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna jikalau kita sudah ditanamkan bŭrsama sama dalam turotan kŭmatiannya, maka kita pun kŭlak akan jadi turotan kŭbangkitannya. Sŭbab kita tŭlah mŭngtahui, bahwa tabiat kita yang lama itu tŭlah disalibkan dŭngan Almasih, supaya tuboh dosa itu bulih dibinasakan, maka kumdian kŭlak tiada lagi kita dipŭrhambakan ulih dosa adanya. Kŭrna orang yang tŭlah mati itu, maka iya itu tŭlah mŭrdehka deripada dosa.
ROMA 6:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika kita sudah dipersatukan dengan Kristus kerana kita ikut mati dengan Dia, maka kita akan dipersatukan dengan Dia juga kerana kita ikut dihidupkan semula seperti Dia. Kita tahu bahawa tabiat kita yang lama sudah disalibkan bersama-sama Kristus, supaya kuasa tabiat kita yang berdosa itu dimusnahkan, dan kita tidak akan diperhamba oleh dosa lagi. Hal itu demikian, kerana apabila seseorang mati, dia dibebaskan daripada kuasa dosa.
ROMA 6:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jika kita telah disatukan dengan Kristus kerana kita turut mati bersama-Nya, maka tentulah kita akan disatukan juga dengan-Nya dalam kebangkitan semula-Nya. Kerana kita tahu bahawa diri kita yang dahulu telah disalib bersama-Nya supaya tubuh dosa itu dapat dihapuskan, dan kita tidak lagi diperhamba oleh dosa. Kerana sesiapa yang telah mati, dia dibebaskan daripada dosa.