ROMA 6:3-4
ROMA 6:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Tidakkah kamu tahu bahawa pada masa kita dibaptis, kita dipersatukan dengan Kristus Yesus? Hal ini bererti kita dipersatukan dengan kematian-Nya. Dengan baptisan itu, kita dikubur dengan Kristus dan ikut mati bersama-sama Dia, supaya sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian oleh kuasa Bapa yang mulia, kita pun dapat mengamalkan hidup yang baru.
ROMA 6:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tiadakah kamu kŭtahui, bahwa bŭbrapa deripada kita yang tŭlah dibaptisakan kapada Isa Almasih, iya itu tŭlah dibaptisakan kapada kŭmatiannya? Maka sŭbab itulah kita tŭlah ditanamkan bŭrsama sama dŭngan dia ulih baptisan kapada kŭmatian: kŭrna spŭrti Almasih itu dibangkitkan deri pada kŭmatiannya ulih kŭmuliaan Ayah itu, maka dŭmkian juga kita pun patutlah mŭlakukan diri dalam kahidopan yang bahru.
ROMA 6:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Atau tidakkah kamu tahu bahawa kita semua yang dibaptiskan dalam Kristus Yesus telah dibaptiskan ke dalam kematian-Nya? Melalui baptisan itu, kita dikuburkan dengan Dia dan ikut mati bersama-Nya. Demikian juga, sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian melalui kemuliaan Allah Bapa, kita juga dapat menikmati kehidupan yang baru.