ROMA 6:22-23
ROMA 6:22-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi sekarang kamu sudah dibebaskan daripada dosa, dan menjadi hamba Allah. Faedahnya berupa kehidupan yang diabdikan kepada Allah dan hal ini menghasilkan hidup sejati dan kekal. Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.
ROMA 6:22-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi skarang apabila tŭrlŭpaslah deripada dosa, dan mŭnjadi hamba hamba kapada Allah, maka kamu akan bŭrulih buah buahan kapada kasuchian, maka kŭsudahannya kŭlak hidoplah slama lamanya. Kŭrna upahnya dosa itulah mati adanya; tŭtapi anugrah Allah itulah hidop slama lamanya dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami.
ROMA 6:22-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kini kamu telah dibebaskan daripada dosa dan menjadi hamba Allah, manfaat yang kamu dapati membawa kepada kesucian, dan hasilnya ialah kehidupan kekal. Kerana ganjaran dosa ialah kematian tetapi kurnia Allah ialah kehidupan kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.