ROMA 6:20-23
ROMA 6:20-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sewaktu kamu diperhamba dosa dahulu, kamu tidaklah dikuasai oleh kawalan perbenaran. Tetapi apakah manfaat yang kamu dapati daripada perkara-perkara yang kini membuatmu berasa malu? Perkara-perkara itu membawa kematian. Kini kamu telah dibebaskan daripada dosa dan menjadi hamba Allah, manfaat yang kamu dapati membawa kepada kesucian, dan hasilnya ialah kehidupan kekal. Kerana ganjaran dosa ialah kematian tetapi kurnia Allah ialah kehidupan kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.
ROMA 6:20-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada waktu kamu diperhamba oleh dosa, kamu tidak dikuasai oleh kehendak Allah. Tetapi apakah faedah yang kamu terima daripada perbuatan yang sekarang menyebabkan kamu berasa malu? Perbuatan-perbuatan itu hanya mengakibatkan kematian! Tetapi sekarang kamu sudah dibebaskan daripada dosa, dan menjadi hamba Allah. Faedahnya berupa kehidupan yang diabdikan kepada Allah dan hal ini menghasilkan hidup sejati dan kekal. Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.
ROMA 6:20-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna apabila kamu mŭnjadi hamba hamba dosa, maka kamu tŭlah tŭrlŭpas deri pada kabŭnaran. Maka tŭtkala itu apatah buah buahan yang kamu pŭrulih deripada pŭrkara yang kamu malu pada skarang ini? kŭrna kŭsudahannya sagala pŭrkara itu mŭndatangkan mati adanya. Tŭtapi skarang apabila tŭrlŭpaslah deripada dosa, dan mŭnjadi hamba hamba kapada Allah, maka kamu akan bŭrulih buah buahan kapada kasuchian, maka kŭsudahannya kŭlak hidoplah slama lamanya. Kŭrna upahnya dosa itulah mati adanya; tŭtapi anugrah Allah itulah hidop slama lamanya dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami.