ROMA 6:12-14
ROMA 6:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah biarkan dosa menguasai hidup kamu yang fana, supaya kamu tidak mengikut keinginan hati yang jahat. Janganlah serahkan sebarang anggota tubuh kamu kepada kuasa dosa untuk digunakan bagi tujuan yang jahat. Sebaliknya, serahkanlah diri kamu kepada Allah sebagai orang yang dahulunya mati, tetapi sekarang telah dihidupkan oleh Allah. Serahkanlah segenap diri kamu kepada Allah supaya Allah boleh menggunakan kamu untuk melakukan kehendak-Nya. Dosa tidak boleh menguasai kamu, kerana kamu tidak lagi hidup di bawah Taurat, tetapi hidup di bawah rahmat Allah.
ROMA 6:12-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah jangan kamu biarkan dosa itu dipŭrtuan dalam dirimu yang fana itu, sahingga sampie kamu mŭnurotkan hawa nafsu dosa itu. Dan lagi jangan pula kamu sŭrahkan anggota anggotamu kapada dosa itu spŭrti pŭrkakasan kapada kŭjahatan, hanya sŭrahkanlah dirimu kapada Allah spŭrti orang orang yang tŭlah hidop deripada mati, dan anggota anggotamu itu pun kapada Allah spŭrti pŭrkakasan kabŭnaran adanya. Bahwa dosa itu tiada akan bulih mŭna’lokkan kamu, kŭrna bukannya kamu dibawah tauret, mŭlainkan dibawah anugrah Allah.
ROMA 6:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, jangan biarkan dosa bertakhta dalam tubuhmu yang fana sehingga kamu menurut kemahuannya yang durjana. Janganlah persembahkan bahagian-bahagian tubuhmu kepada dosa, sebagai alat-alat kedurjanaan; sebaliknya persembahkanlah dirimu kepada Allah, sebagai orang yang telah dibawa daripada kematian kepada kehidupan; dan persembahkan bahagian-bahagian tubuhmu kepada-Nya sebagai alat-alat perbenaran. Kerana dosa tidak akan menjadi tuanmu, disebabkan kamu bukan di bawah hukum, tetapi di bawah kasih kurnia.