ROMA 5:8-10
ROMA 5:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa. Melalui kematian Kristus, kita sekarang berbaik semula dengan Allah. Oleh itu kita pasti akan diselamatkan oleh Kristus daripada kemurkaan Allah kelak. Dahulu kita bermusuhan dengan Allah, tetapi Allah menjadikan kita sahabat-sahabat-Nya melalui kematian Anak-Nya. Sekarang sebagai sahabat-sahabat Allah, kita pasti akan diselamatkan kerana Kristus hidup.
ROMA 5:8-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi tŭlah dinyatakan Allah kasihnya bagie kita tŭtkala kita lagi orang bŭrdosa, maka Almasih tŭlah mati akan ganti kita. Istimewa pula skarang kita sŭbab dibŭnarkan ulih darahnya, maka kita kŭlak akan dilŭpaskan deripada morka Allah dŭngan bŭrkatnya. Kŭrna jikalau tŭtkala kita lagi bŭrsŭtru, maka kita dipŭrdamiekan kapada Allah ulih kŭmatian Anaknya itu, istimewa pula ulih sŭbab kita tŭlah dipŭrdamiekan, maka kita kŭlak akan mŭndapat slamat ulih hidopnya.
ROMA 5:8-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita. Oleh sebab sekarang kita telah diperbenar dengan darah-Nya, lebih-lebih lagilah kita akan diselamatkan daripada kemurkaan Allah melalui-Nya. Kerana jika semasa kita seteru Allah, kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Anak-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya!