ROMA 5:2-4
ROMA 5:2-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Melalui-Nya kita telah mencapai dengan iman kasih kurnia yang meliputi kita sekarang. Dan kita bersukacita dengan harapan akan kemuliaan Allah. Bukan itu sahaja, tetapi kita juga bersukacita dengan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan membina ketabahan. Ketabahan membina budi pekerti; dan budi pekerti membina harapan.
ROMA 5:2-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus membolehkan kita mengalami rahmat Allah, kerana kita percaya kepada Yesus dan sekarang kita menghayati rahmat itu. Oleh itu, kita membanggakan harapan untuk beroleh bahagian dalam kemuliaan Allah. Kita juga membanggakan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan. Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Allah. Oleh itu kita mempunyai harapan.
ROMA 5:2-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭngan sŭbabnya juga kita pŭrulih jalan masok, ulih sŭbab iman, kŭdalam anugrah ini yang tŭmpat kita bŭrtumpu, dan bŭrsuka chitalah dŭngan harap akan kŭmuliaan Allah. Maka bukannya dŭmkian itu sahja, mŭlainkan kita pun tŭrmŭgahlah dalam hal kasukaran pun, sŭbab kita mŭngtabui, bahwa kasukaran itu mŭngadakan sabar adanya. Maka sabar itu mŭngadakan kŭbiasaan, dan kŭbiasaan itu mŭngadakan harap.