ROMA 3:25-28
ROMA 3:25-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah mempersembahkan Yesus Kristus sebagai korban supaya dengan kematian Yesus, dosa orang diampunkan apabila mereka percaya kepada-Nya. Allah berbuat demikian untuk menunjukkan keadilan-Nya. Pada masa lampau, Allah bersabar terhadap dosa manusia, sehingga tidak menghukum orang. Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya. Dengan cara itu Allah menunjukkan bahawa Dia adil, dan bahawa Dia menyatakan semua orang yang percaya kepada Yesus sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan Allah. Oleh itu kita tidak mempunyai apa pun yang dapat kita banggakan! Mengapa demikian? Adakah kerana kita mentaati Taurat? Tidak, tetapi kerana kita percaya. Kesimpulannya begini: seseorang berbaik semula dengan Allah, kerana dia percaya kepada Yesus Kristus, dan bukan kerana dia melakukan apa yang diwajibkan oleh Taurat.
ROMA 3:25-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Yang tŭlah ditŭntukan Allah akan mŭnjadi korban dŭngan bŭrkat iman akan darahnya, supaya dinyatakannya kabŭnaran Allah itu dŭngan mŭngampuni dosa yang tŭlah lalu, deri kŭrna sabar Allah adanya. Maka iya itu akan mŭnyatakan pada masa ini kabŭnaran Allah, supaya Allah mŭnjadi adil, dan yang mŭmbŭnarkan akan orang yang pŭrchaya akan Isa. Bahwa manatah kamŭgahan itu skarang? iya itu tŭlah tŭrta’lok dŭngan hukum manakah? dŭngan hukum amalkah? Bukan, mŭlainkan dŭngan hukum iman. Maka sŭbab itulah kami tŭntukan, bahwa manusia itu dibŭnarkan dŭngan iman, bukannya dŭngan amal tauret.
ROMA 3:25-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka. Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya. Allah menunjukkan bahawa Dia benar dan memperbenar semua mereka yang beriman kepada Yesus. Dengan demikian, apakah yang dapat dibanggakan? Tidak ada sama sekali! Adakah melalui ketaatan akan hukum Taurat? Tidak, tetapi melalui iman. Kerana kami yakin bahawa manusia diperbenar atas iman kepada Yesus Kristus, bukan kerana dia mengamalkan apa yang diwajibkan oleh hukum Taurat.