ROMA 2:12-16
ROMA 2:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang bukan Yahudi tidak mempunyai Taurat Musa. Mereka berdosa dan binasa, tetapi mereka tidak dihukum menurut Taurat. Orang Yahudi mempunyai Taurat Musa. Mereka berdosa dan dihukum berdasarkan Taurat. Hal itu demikian, kerana orang berbaik semula dengan Allah, bukan dengan mendengar Taurat, tetapi dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Taurat. Orang bukan Yahudi tidak mempunyai Taurat, tetapi apabila mereka dengan kemahuan sendiri melakukan apa yang diperintahkan oleh Taurat, hal itu menunjukkan bahawa mereka mengetahui apa yang patut dan yang tidak patut dilakukan, walaupun mereka tidak mempunyai Taurat. Kelakuan mereka menunjukkan bahawa apa yang diperintahkan oleh Taurat tertulis di dalam hati mereka. Hati nurani mereka pun membuktikan hal itu, kerana fikiran mereka kadangkala menyalahkan dan kadangkala membenarkan perbuatan mereka. Oleh itu, menurut Berita Baik yang aku khabarkan, hal itu akan berlaku pada Hari Kiamat apabila melalui Yesus Kristus, Allah akan menghakimi segala rahsia hati dan fikiran manusia.
ROMA 2:12-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna bŭbrapa orang yang tŭlah mŭmbuat dosa dŭngan tiada bŭrtauret, maka marika itu akan dibinasakan pun dŭngan tiada bŭrtauret; dan bŭbrapa yang sudah bŭrbuat dosa dŭngan ada bŭrtauret, maka marika itulah akan dihukumkan ulih tauret. Kŭrna bukannya orang yang mŭuŭngar tauret itu dibŭnarkan dihadapan Allah, mŭlainkan orang yang mŭnuret tauret kŭlak akan dibŭnarkan. Kŭrna apabila orang sŭsat yang tiada bŭrtauret bŭrbuat dalam tabiatnya sŭndiri akan pŭrkara yang didalam tauret itu, maka marika itu kalau tiada bŭrtauret skalipun, mŭnjadikan spŭrti tauret bagie dirinya. Maka marika itu mŭnyatakan, bahwa pŭrbuatan tauret itu sudah tŭrsurat dalam hatinya, maka angan angan hatinya mŭnjadi pula saksi, dan sangka sangkanya pada masa itu juga mŭnudohkan, atau mŭnguzorkan akan dirinya. Pada hari tŭtkala dihukumkan Allah akan sagala rahsia manusia ulih Isa Almasih mŭnurot Injilku.
ROMA 2:12-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekalian yang telah melakukan dosa tanpa mengenal hukum Taurat akan binasa tanpa hukum Taurat. Sekalian yang melakukan dosa sedangkan mereka mengenal hukum Taurat akan dihakimi menurut hukum Taurat. Sebabnya orang yang benar di mata Allah bukanlah mereka yang mendengar hukum Taurat, tetapi mereka yang mengamalkan ajarannya. Apabila orang bukan orang Israel, yang tidak mempunyai hukum Taurat, secara tabii melakukan perkara-perkara yang terkandung dalam hukum Taurat, maka mereka ini adalah hukum bagi diri mereka sendiri. Hukum itu tersurat dalam hati mereka dan hati nurani mereka juga naik saksi. Fikiran mereka menuduh atau membela mereka, pada hari Allah menghakimi segala rahsia manusia melalui Kristus Yesus, menurut Injil yang kuberitakan.