ROMA 2:12-13
ROMA 2:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang bukan Yahudi tidak mempunyai Taurat Musa. Mereka berdosa dan binasa, tetapi mereka tidak dihukum menurut Taurat. Orang Yahudi mempunyai Taurat Musa. Mereka berdosa dan dihukum berdasarkan Taurat. Hal itu demikian, kerana orang berbaik semula dengan Allah, bukan dengan mendengar Taurat, tetapi dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Taurat.
ROMA 2:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna bŭbrapa orang yang tŭlah mŭmbuat dosa dŭngan tiada bŭrtauret, maka marika itu akan dibinasakan pun dŭngan tiada bŭrtauret; dan bŭbrapa yang sudah bŭrbuat dosa dŭngan ada bŭrtauret, maka marika itulah akan dihukumkan ulih tauret. Kŭrna bukannya orang yang mŭuŭngar tauret itu dibŭnarkan dihadapan Allah, mŭlainkan orang yang mŭnuret tauret kŭlak akan dibŭnarkan.
ROMA 2:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekalian yang telah melakukan dosa tanpa mengenal hukum Taurat akan binasa tanpa hukum Taurat. Sekalian yang melakukan dosa sedangkan mereka mengenal hukum Taurat akan dihakimi menurut hukum Taurat. Sebabnya orang yang benar di mata Allah bukanlah mereka yang mendengar hukum Taurat, tetapi mereka yang mengamalkan ajarannya.