ROMA 16:25-26
ROMA 16:25-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Marilah kita muliakan Allah! Dia berkuasa meneguhkan iman kamu sesuai dengan Berita Baik tentang Yesus Kristus, yang aku isytiharkan itu. Aku mengisytiharkannya sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Allah, iaitu rancangan Allah yang selama berabad-abad tidak diketahui orang. Tetapi sekarang rancangan itu sudah dinyatakan melalui tulisan nabi-nabi, dan diberitakan kepada semua bangsa atas perintah Allah yang kekal, supaya mereka semua percaya dan taat kepada Allah.
ROMA 16:25-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Arkian skarang pun pujilah akan Allah yang bŭrkwasa akan mŭnŭtapkan kamu mŭnurot Injilku dan pŭngajaran Isa Almasih, iya itu mŭnurot kŭnyataan rahsia yang tŭrsŭmbunyi deripada pŭrmumulaan dunia. Tŭtapi iya itu skarang tŭlah dinyatakan, dan dikhabarkan ulih sagala surat nabi nabi, kapada sagala bangsa akan mŭmbawa marika itu kapada kŭbaktian iman, mŭnurot fŭrman Allah yang baka.
ROMA 16:25-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekarang, kepada Dia yang berkuasa meneguhkan kamu menurut Injil yang kusampaikan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus, menurut pernyataan rahsia yang tersembunyi sejak permulaan dunia tetapi kini telah dinyatakan, dan melalui nubuat-nubuat dalam Kitab Suci telah disampaikan kepada semua bangsa, menurut perintah Allah yang kekal, supaya mereka dibawa mentaati iman