ROMA 15:9-13
ROMA 15:9-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia bahkan membolehkan orang bukan Yahudi memuliakan Allah kerana Allah mengasihani mereka. Di dalam Alkitab tertulis, “Oleh itu, apabila aku di kalangan orang bukan Yahudi, aku akan memuji Engkau, aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.” Ada tertulis begini pula, “Bersukacitalah bersama-sama umat Allah, hai orang bukan Yahudi!” Ada tertulis begini pula, “Pujilah Tuhan, hai semua orang bukan Yahudi; pujilah Dia, hai semua orang!” Nabi Yesaya juga berkata, “Seorang daripada keturunan Isai akan datang; Dia akan memerintah orang bukan Yahudi, dan mereka akan berharap kepada-Nya.” Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.
ROMA 15:9-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan supaya orang sŭsat bulih mŭmuliakan Allah kŭrna rahmatnya; spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Kŭrna sŭbab itulah aku kŭlak mŭngaku akan dikau diantara orang orang sŭsat, sŭrta mŭnyanyikan namamu. Dan lagi pula iya bŭrfŭrman, Bahwa bŭrgŭmarlah kamu hie sagala orang sŭsat bŭrsama sama dŭngan kaumnya. Dan lagi pula fŭrmannya, Bahwa pujilah akan Tuhan hie sagala orang sŭsat, dan nyanyikanlah ulihmu akan dia hie sagala kaum. Dan lagi pula sabda nabi Jasia, Bahwa akan jadi kŭlak suatu akar Jessi, maka iya itulah kŭlak bŭrbangkit akan mŭmrentahkan orang orang sŭsat, maka kapadanyalah kŭlak orang sŭsat itu akan harap. Adapun Allah pohon pŭngharapan itulah mŭmŭnohi kamu dŭngan sagala kasukaan, dan sŭjahtralah dalam pŭrchaya, supaya kamu bŭrtambah tambah harap dŭngan kwasa Roh Alkudos.
ROMA 15:9-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
dan supaya bangsa-bangsa lain juga memuliakan Allah kerana belas kasihan-Nya, sebagaimana telah tersurat: “Kerana itulah Aku akan memuliakan-Mu dalam kalangan bangsa lain, menyanyikan pujian bagi nama-Mu.” Seterusnya dikatakan lagi: “Bergembiralah, semua bangsa, bersama umat-Nya!” Kemudian, “Pujilah Tuhan, hai semua bangsa! Pujilah Dia, hai kamu semua manusia!” Yesaya menyampaikan juga: “Tunas Isai akan muncul; Dialah yang bangkit memerintah bangsa-bangsa, kepada-Nyalah bangsa-bangsa akan menaruh harapan.” Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Kudus.