ROMA 14:5-6
ROMA 14:5-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Ada orang yang berpendapat bahawa suatu hari tertentu lebih mustahak daripada hari yang lain, sedangkan orang lain berpendapat bahawa semua hari sama sahaja. Hendaklah setiap orang yakin akan pendiriannya. Sesiapa yang mengutamakan hari-hari tertentu, berbuat demikian untuk menghormati Tuhan. Sesiapa yang makan apa sahaja, berbuat demikian untuk menghormati Tuhan, kerana dia bersyukur kepada Allah bagi makanan itu. Sesiapa yang hanya makan makanan tertentu, juga menghormati Tuhan dan bersyukur kepada Allah.

ROMA 14:5-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka ada orang yang mŭngindahkan satu hari lebih deripada hari yang lain; maka ada orang lain pula mŭngindahkan skalian hari itu sama. Maka biarlah masing masing mŭnjadi tŭtap skali dŭngan hatinya sŭndiri. Adapun orang yang mŭngindahkan hari itu, maka iya mŭngindahkan itu bagie Tuhan; dan orang yang tiada mŭngindahkan hari itu, maka iya tiada mŭngindahkan itu bagie Tuhan. Adapun orang yang makan, maka iya makan itu akan mŭmuliakan Tuhan, kŭrna iya mŭnguchap shukor kapada Allah; maka orang yang tiada makan itu, tiadalah iya makan akan mŭmuliakan Tuhan, maka iya pun mŭnguchap shukor juga kapada Allah.
ROMA 14:5-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ada orang yang mengutamakan hari tertentu daripada yang lain, dan ada pula yang menganggap semua hari sama baiknya. Setiap orang harus membuat keputusan bagi dirinya sendiri, selaras dengan keyakinannya. Mereka yang mengutamakan hari-hari tertentu berbuat demikian untuk menghormati Tuhan. Mereka yang makan semua jenis makanan melakukannya untuk menghormati Tuhan, kerana mereka mengucap syukur kepada Allah; manakala mereka yang tidak makan beberapa jenis makanan juga melakukannya untuk menghormati Tuhan, dan mengucap syukur kepada Allah.