ROMA 14:10-13
ROMA 14:10-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, mengapa kamu menyalahkan saudara kamu? Mengapa kamu yang lain menghina saudara kamu? Kita semua akan menghadap Allah untuk diadili. Di dalam Alkitab tertulis, “Sesungguhnya,” firman Tuhan, “tiap-tiap orang akan sujud di hadapan-Ku, dan tiap-tiap orang akan mengaku bahawa Aku Allah.” Oleh itu, kita masing-masing harus mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita kepada Allah. Oleh itu janganlah kita salahkan satu sama lain. Sebaliknya kamu harus mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa yang menyebabkan saudara kamu tergoda dan berdosa.
ROMA 14:10-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi mŭngapa angkau mŭnyalahkan saudaramu, atau mŭngapa angkau kŭjikan saudaramu? kŭrna kita sŭmua ini kŭlak bŭrdiri dihadapan takhta hukum Almasih. Kŭrna sudah tŭrsurat, Bahwa fŭrman Tuhan, Aku ini hidop, bahwa sagala lutot akan tundok padaku, dan sagala lidah akan mŭngaku kapada Allah. Dŭmkianlah tiap tiap sa’orang deripada kita kŭlak akan mŭmbri kira kira derihal dirinya sŭndiri kapada Allah. Maka sŭbab itu janganlah kiranya kita mŭngirakan sa’orang akan sa’orang, mŭlainkan tŭrutama kirakanlah pŭrkara ini, iya itu supaya jangan sa’orang pun mŭmbubohkan batu tŭrantok, atau barang sa’suatu yang munjatohkan saudaranya dijalannya.
ROMA 14:10-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mengapakah kamu menghakimi saudaramu? Dan mengapa kamu menghina saudaramu? Kita semua akan berdiri di hadapan takhta penghakiman Allah. Kerana telah tersurat: “Demi Aku yang hidup.” Tuhan berfirman, “Setiap orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku; dan setiap lidah akan mengaku kepada Allah.” Nyatalah bahawa setiap orang daripada kita akan dipertanggungjawabkan memberi pernyataan tentang dirinya kepada Allah. Oleh itu, janganlah lagi kita menghakimi sesama sendiri. Sebaliknya bertekadlah tidak akan membuat saudaramu tersandung atau terjatuh.