ROMA 13:7-10
ROMA 13:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Bayarlah apa yang harus kamu bayar kepada pemerintah. Bayarlah cukai pendapatan, jika kamu harus membayarnya. Bayarlah cukai tanah, jika kamu harus membayarnya. Hormatilah mereka yang harus dihormati, dan hargailah mereka yang harus dihargai. Janganlah berhutang kepada sesiapa pun, kecuali berhutang kasih terhadap satu sama lain. Sesiapa yang mengasihi sesama manusia, mentaati Taurat. Hukum yang mengatakan, “Jangan berzina; jangan membunuh; jangan mencuri; jangan tamak” - semua ini dan hukum yang lain, sudah disimpulkan menjadi satu hukum sahaja, “Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.” Orang yang mengasihi orang lain, tidak akan berbuat jahat kepada orang itu. Oleh itu orang yang mengasihi sesama manusia, mentaati keseluruhan Taurat.
ROMA 13:7-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu bayarlah kapada sagala orang yang patut mŭmpunyai, chukie itu kapada yang patut mŭmpunyai, bia kapada yang patut mŭmpunyai, dan takot kapada yang patut ditakoti, hormat kapada yang patut dihormati. Maka janganlah kamu bŭrhutang barang suatu kapada sa’orang jua pun, mŭlainkan bŭrkasih kasihanlah sa’orang dŭngan sa’orang; kŭrna orang yang mŭngasihi orang lain itu, maka iyalah mŭnggŭnapi hukum. Kŭrna itu bahwa janganlah angkau bŭrbuat zinah, dan jangan angkau mŭmbunoh orang, dan jangan angkau mŭnchuri, dan jangan angkau mŭnjadi saksi pŭmbohong, dan jangan angkau tamaa; maka barang apa hukuman yang lain, maka itu pun dijŭmlahkan dalam pŭrkataan ini juga, iya itu handaklah angkau mŭngasihi akan samamu manusia spŭrti dirimu sŭndiri. Adapun kasih itu tiada mŭndatangkan mŭlarat akan samanya manusia, maka sŭbab itulah kasih itu mŭnggŭnapi hukum adanya.
ROMA 13:7-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, bayarlah apa yang wajar dibayar kepada setiap pihak: Sekiranya cukai, bayarlah cukai; sekiranya hasil, bayarlah hasil. Dan takutilah orang yang patut ditakuti, dan hormatilah orang yang patut dihormati. Jangan berasa terhutang apa-apa kepada sesiapa pun kecuali kasih-mengasihi, kerana seseorang yang mengasihi sesama manusia telah memenuhi hukum; kerana perintah-perintah, “Jangan berzina”, “Jangan membunuh”, “Jangan mencuri”, “Jangan ingini milik orang lain” dan perintah-perintah yang lain adalah terangkum dalam perintah ini, “Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.” Kasih tidak berbuat jahat kepada sesama manusia. Oleh itu, kasih memenuhi hukum.