ROMA 12:4-8
ROMA 12:4-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Tubuh kita mempunyai banyak anggota, dan setiap anggota tubuh mempunyai tugas yang berlainan. Begitu juga halnya dengan kita. Sungguhpun bilangan kita banyak, tetapi kita satu tubuh kerana kita bersatu dengan Kristus. Kita semua dihubungkan satu dengan yang lain sebagai anggota-anggota daripada satu tubuh. Oleh itu kita harus menggunakan kurnia-kurnia yang berlainan, menurut rahmat-Nya yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Jika kita mempunyai kurnia untuk mengkhabarkan berita daripada Allah, kita harus melakukannya menurut kebolehan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Jika kita mempunyai kurnia untuk menolong orang lain, kita harus menolong mereka. Jika kita mempunyai kurnia untuk mengajar, kita harus mengajar. Jika kita mempunyai kurnia untuk menggalakkan orang lain, kita harus melakukannya. Sesiapa yang mempunyai kurnia untuk berkongsi milik dengan orang lain, harus melakukannya dengan murah hati. Sesiapa yang mempunyai kurnia untuk menjadi pemimpin, harus memimpin dengan tekun. Sesiapa yang mempunyai kurnia untuk menunjukkan belas kasihan kepada orang lain, harus melakukannya dengan sukacita.
ROMA 12:4-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna spŭrti dalam suatu tuboh adalah banyak anggota, tŭtapi sagala anggota itu tiada sama pŭkŭrjaannya. Maka dŭmkianlah adanya kita yang banyak itu pun suatu juga tuboh, iya itu dalam Almasih, dan tiap tiap kami ini deri anggota sa’oranglah pada sa’orang. Maka sŭbab ada anugrah bŭrlain lainan kapada kita, sŭkŭdar anugrah yang dikurniakan kapada kita, baik deri pada pŭngajaran ilham, biarlah kita mŭngajar kŭdar sŭbanyak iman kita; Baik deripada bŭrkhodmat, biarlah kita mŭlakukan khodmat kita; baik deripada orang yang mŭngajar, biarlah iya mŭngajar; Atau orang yang mŭmbri nasihat, biarlah iya mŭnasihatkan; dan orang yang mŭmbri sŭdŭkah, biarlah dipŭrbuatnya dŭngan hati tulos; dan orang yang mŭmrentahkan, biarlah dipŭrbuatnya dŭngan rajin; dan orang yang mŭnunjokkan kamurahan, biarlah dŭngan suka hatinya.
ROMA 12:4-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebagaimana tubuh manusia terdiri daripada beberapa anggota yang berbagai-bagai tugasnya dan bukan semua anggota itu mempunyai tugas yang sama, begitu jugalah kita yang ramai ini, semuanya anggota satu tubuh dalam Kristus, dan saling memiliki. Kita mempunyai kurnia yang berlainan menurut kasih kurnia yang diberikan kepada kita. Sekiranya kita dianugerahi kurnia untuk bernubuat, maka bernubuatlah menurut kadar iman kita; kalau untuk melayani, gunakanlah dalam pelayanan kita; jika untuk mengajar, gunakanlah dalam pengajaran. Orang yang dianugerahi kurnia untuk menasihati, hendaklah dia menggunakannya dalam memberikan nasihat; kalau untuk memberi, lakukanlah dengan murah hati; kiranya untuk memimpin, berilah pimpinan dengan bersungguh-sungguh; dan jika untuk menunjukkan belas kasihan, lakukanlah dengan sukacita.