ROMA 12:11-13
ROMA 12:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Jangan malas, tetapi bekerjalah dengan rajin. Abdikanlah diri kepada Tuhan dengan semangat daripada Roh Allah. Kerana kamu berharap kepada Tuhan, bersukacitalah. Bersabarlah semasa mengalami kesusahan dan berdoalah sentiasa. Hendaklah kamu berkongsi milik dengan saudara seiman yang memerlukan bantuan, dan sambutlah saudara seiman yang tidak kamu kenal ke rumah.
ROMA 12:11-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Janganlah kamu bŭrlalie dalam pŭkŭrjaan; biarlah hatimu rajin sŭrta bŭrbakti kapada Tuhan. Maka tŭrmasalah dŭngan harap, dan sabarlah dalam kasusahan; dan usahakanlah sŭntiasa dalam minta doa. Maka tulonglah akan kŭkurangan orang salih, sŭrta sambutlah akan orang dagang.
ROMA 12:11-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
jangan biarkan kerajinanmu berkurangan; hendaklah semangat rohanimu tetap berkobar-kobar; sentiasa abdikan diri kepada Tuhan. Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa. Berilah bantuan untuk memenuhi keperluan orang salih, dan berikan tempat menumpang.