ROMA 12:1-3
ROMA 12:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku! Kerana Allah sangat baik kepada kita, aku menggesa kamu supaya mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup, yang khas untuk Allah, dan yang menyenangkan hati-Nya. Demikianlah seharusnya kamu beribadat kepada Allah. Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna. Kerana kurnia Allah yang sudah dianugerahkan-Nya kepadaku, aku menasihati kamu semua: Janganlah anggap diri kamu lebih daripada yang sepatutnya, tetapi nilailah diri masing-masing dengan rendah hati menurut kebolehan yang dikurniakan oleh Allah, kerana kamu percaya kepada Yesus.
ROMA 12:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA sŭbab itulah hie sagala saudaraku, aku pintalah kapadamu deri kŭrna sagala rahmat Allah, supaya kamu pŭrsŭmbahkan tubohmu akan mŭnjadi korban yang hidop, dan suchi, dan yang dipŭrkŭnankan Allah, kŭrna itulah ibadatmu yang layak. Dan janganlah angkau mŭnurot pŭkŭrti orang isi dunia, hanya handaklah kamu ubahkan dirimu dŭngan mŭmbahrui ingatanmu, supaya kamu bulih mŭnilik akan kahandak Allah yang baik, dan yang dipŭrkŭnankannya, dan yang samporna itu. Adapun dŭngan bŭrkat anugrah yang tŭlah dikurniakan padaku, maka aku bŭrkata kapada masing masing kamu, janganlah iya mŭnyangkakan dirinya tŭrlebih deripada yang patut, mŭlainkan sangkakanlah dŭngan suman sŭkŭdar iman yang dibahgikan Allah kapada masing masing orang.
ROMA 12:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, saudara-saudaraku, aku menyeru kepadamu, demi belas kasihan Allah, supaya mempersembahkan tubuh badanmu sebagai korban yang hidup, yang suci dan diterima oleh Allah; itulah ibadat yang wajar. Janganlah ikut cara dunia, sebaliknya berubahlah menurut pembaharuan fikiranmu. Dengan demikian, kamu dapat memastikan apa kehendak Allah itu, apa yang baik, yang diredai-Nya dan yang sempurna. Aku berkata kepada setiap orang daripadamu, melalui kasih kurnia yang diberikan kepadaku: Janganlah nilai dirimu lebih tinggi daripada sepatutnya, sebaliknya nilailah dirimu sewajarnya, selaras dengan kadar iman yang telah diberikan Allah kepada setiap orang.