ROMA 11:17-18
ROMA 11:17-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Beberapa cabang pokok zaitun yang dipelihara sudah dikerat, lalu di situ dicantum sebatang cabang pokok zaitun liar untuk menikmati segala yang baik daripada pokok zaitun itu. Kamu orang bukan Yahudi seperti cabang pokok zaitun liar itu. Kamu dicantum di situ untuk menikmati berkat-berkat daripada orang Yahudi. Oleh itu janganlah kamu hina mereka yang sudah dikerat seperti cabang-cabang itu. Janganlah menjadi sombong! Kamu hanya cabang; cabang tidak memberikan khasiat kepada akar, sebaliknya akar yang memberikan khasiat kepada cabang.
ROMA 11:17-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna jikalau barang chabang chabangnya itu dipatahkan, dan angkau yang sa’pohon zieton hutan digŭmbari diantara marika itu, dan angkau pun bŭruntok bŭrsama sama deripada akar dan gŭmoknya zieton itu, Janganlah angkau mŭmŭgahkan dirimu mŭlawan chabang chabang itu; maka jikalau angkau mŭmŭgahkan, maka bukannya angkau yang mŭnanggong akar itu, mŭlainkan akar juga yang mŭnanggong akan dikau.
ROMA 11:17-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Andainya beberapa cabang itu dipatahkan dan kamu, walaupun pucuk zaitun liar, dicantumkan lalu berkongsi akar dengan pokok zaitun yang subur itu, janganlah bercakap besar kepada cabang-cabang lain. Kalau kamu bermegah juga, ingatlah bahawa bukan kamu yang menyokong akar tetapi akar yang menyokong kamu.