ROMA 10:1-11
ROMA 10:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku! Dengan sepenuh hati aku berharap supaya bangsaku diselamatkan! Dengan tekun aku berdoa kepada Allah bagi mereka. Aku boleh memberikan kesaksian bahawa mereka sungguh-sungguh mengabdikan diri kepada Allah. Tetapi pengabdian mereka tidak berdasarkan pengetahuan daripada Allah. Mereka tidak mengetahui cara Allah membolehkan manusia berbaik semula dengan Dia. Sebaliknya mereka berusaha untuk mengikut cara mereka sendiri. Oleh itu mereka tidak mahu menerima cara Allah membolehkan manusia berbaik semula dengan Dia. Kristus sudah menyebabkan Taurat tidak lagi berkuatkuasa. Oleh itu orang yang percaya kepada Kristus dapat berbaik semula dengan Allah. Inilah yang ditulis oleh Musa tentang cara berbaik semula dengan Allah melalui ketaatan kepada Taurat, “Orang yang mentaati Taurat akan hidup.” Tetapi tentang cara berbaik semula dengan Allah melalui kepercayaan kepada-Nya, Alkitab mengatakan demikian, “Janganlah bertanya dalam hati, ‘Siapakah yang akan naik ke syurga?’ (maknanya membawa Kristus turun), atau ‘Siapakah yang akan turun ke alam maut?’ (maknanya membawa Kristus naik daripada kematian).” Beginilah maksudnya, “Perkhabaran daripada Allah sangat dekat pada kamu, pada bibir kamu, dan di dalam hati kamu.” Itulah perkhabaran yang kami isytiharkan; perkhabaran bahawa orang harus percaya kepada Allah. Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan. Kerana kita sungguh-sungguh percaya, kita diterima oleh Allah sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan-Nya. Kerana kita mengakui Yesus di hadapan orang, kita diselamatkan. Di dalam Alkitab tertulis, “Orang yang percaya kepada Dia tidak akan dikecewakan.”
ROMA 10:1-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
HIE sagala saudaraku, bahwa kahandak hatiku, dan doaku kapada Allah kŭrna orang Israil, supaya marika itu bulih dislamatkannya. Kŭrna aku mŭnjadi saksi bagie marika itu, bahwa adalah rajin marika itu kapada Allah, tŭtapi bukannya dŭngan hal pŭngŭtahuan. Kŭrna ulih sŭbab kŭbodohan marika itu akan kabŭnaran Allah, sŭrta handak mŭmbuat jalan akan mŭndirikan kabŭnarannya sŭndiri, akam tiadalah marika itu mŭna’lokkan dirinya kapada kabŭnaran Allah. Kŭrna Almasih itulah kasudah sudahan tauret ulih sŭbab kabŭnaran bagie tiap tiap manusia yang bŭriman. Kŭrna Musa pun mŭngatakan pri kabŭnaran yang datang deripada tauret juga, Adapun orang yang mŭmbuat sagala pŭrkara itulah akan hidop ulih sŭbabnya. Tŭtapi kabŭnaran yang datang deripada iman itu mŭngatakan dŭmkian: Bahwa janganlah angkau bŭrfikir dalam hatimu, siapakah akan naik kashorga? (iya itu akan mŭnuronkan Almasih kŭbawah.) Atau siapakah akan turon kŭdalam alam bŭrzak? (iya itu akan mŭmbangkitkan Almasih pula deripada matinya.) Tŭtapi apakah kata itu? Adapun pŭrkataan itu dŭkat padamu, iya itu dalam mulotmu dan dalam hatimu pun, iya itu pŭrkataan iman yang kita mŭngajarkan. Bahwa jikalau angkau mŭngaku dŭngan mulotmu akan Tuhan Isa itu, dan pŭrchaya pula angkau dalam hatimu, bahwa Allah tŭlah mŭmbangkitkan dia deripada matinya, maka angkau kŭlak akan slamat. Kŭrna dŭngan hatilah manusia itu pŭrchaya akan bŭrulih kabŭnaran, dan dŭngan mulotlah iya mŭngaku akan bŭrulih slamat. Kŭrna kitab mŭngatakan, Maka barang siapa yang pŭrchaya akan dia, iya itu tiada akan malu.
ROMA 10:1-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku, hasrat hatiku dan doaku kepada Allah tentang orang Israel ialah semoga mereka akan diselamatkan. Aku dapat memberikan kesaksian bahawa mereka bersungguh-sungguh dalam ibadat kepada Allah, tetapi kesungguhan mereka tidak berasaskan pengetahuan yang benar. Oleh sebab mereka tidak mengetahui perbenaran yang datang daripada Allah dan mereka berusaha menegakkan perbenaran mereka sendiri, maka mereka tidak tunduk kepada perbenaran Allah. Kristus ialah titik tamat hukum supaya perbenaran didapati oleh setiap orang yang beriman. Musa telah menulis tentang perbenaran berasaskan hukum Taurat, “Sesiapa yang melakukan hal-hal ini akan hidup mengikutnya.” Tetapi perbenaran berasaskan iman berkata demikian, “Jangan bertanya dalam hatimu, ‘Siapa yang akan naik ke syurga?’ (untuk membawa Kristus turun) atau, ‘Siapa yang akan turun ke alam kubur?’ (untuk membawa Kristus naik daripada kematian).” Apakah yang dikatakan? “Firman itu begitu dekat denganmu, di mulutmu dan dalam hatimu (iaitu firman tentang iman yang kami isytiharkan): Jika kamu akui dengan mulutmu bahawa Yesus ialah Tuhan dan percaya dalam hatimu bahawa Allah telah membangkitkan-Nya daripada kematian, kamu akan diselamatkan; kerana dengan hatimu kamu beriman dan diperbenar, dan dengan mulutmu kamu mengaku lalu diselamatkan.” Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.”