WAHYU 6:12-13
WAHYU 6:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian aku melihat Anak Domba itu memecahkan meterai keenam. Lalu berlakulah gempa bumi yang dahsyat. Matahari menjadi hitam seperti kain hitam yang kasar, dan bulan menjadi merah seperti darah. Bintang-bintang jatuh dari langit ke bumi, seperti buah ara yang belum matang gugur dari pokok semasa digoncang oleh angin keras.
WAHYU 6:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kulihat apabila tŭlah diuriekannya mutrie yang kaanam itu, hieran, maka adalah bumi pun bŭrgŭmpahlah kras; maka matahari pun jadilah hitam spŭrti karong bŭrbulu hitam, dan bulan pun jadilah spŭrti darah; Maka sagala bintang dilangit pun gugorlah ka’atas bumi, spŭrti pohon ara yang gugor buah mudanya, tŭtkala digonchangkan ulih angin yang kras.
WAHYU 6:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian aku melihat Anak Domba itu memecahkan materai keenam. Seketika itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat. Matahari menjadi seperti kain hitam dan bulan merah seperti darah. Bintang-bintang gugur dari syurga ke bumi seperti buah ara luruh ditiup angin kencang.