WAHYU 6:10-11
WAHYU 6:10-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Mereka berseru dengan suara lantang, “Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, yang suci dan setia! Berapa lama lagi sebelum Engkau menghakimi penduduk bumi dan menghukum mereka kerana telah membunuh kami?” Setiap orang daripada mereka diberikan sehelai jubah putih. Lalu mereka disuruh berehat lebih lama lagi, sehingga cukup bilangan rakan seperjuangan dan saudara seiman yang akan dibunuh seperti mereka.
WAHYU 6:10-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka bŭrsrulah marika itu dŭngan swara yang nyaring, katanya, Brapa lama lagi, Ya Tuhan, yang kudus dan bŭnar, tiadakah angkau handak mŭnghukumkan dan mŭmbalaskan darah kami atas sagala orang orang yang dudok diatas muka bumi itu? Maka dibrilah pakiean putih kapada sagala marika itu; sŭrta dikatakanlah pada marika itu, bŭrhŭntilah sŭdikit lagi, sahingga sagala tawananmu, dan saudara saudaramu itu, akan dibunoh spŭrti angkau juga, supaya gŭnaplah.
WAHYU 6:10-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mereka berseru dengan suara lantang, “Ya Tuhan yang suci dan benar! Berapa lama lagi sebelum Engkau menghakimi penghuni bumi dan membalas perbuatan mereka yang telah menumpahkan darah dan meragut nyawa kami?” Setiap roh itu diberi sehelai jubah putih dan disuruh berehat sebentar lagi hingga cukup bilangan hamba sepengabdian dan orang yang menjadi saudara seiman, yang akan dibunuh seperti mereka.