WAHYU 3:7-11
WAHYU 3:7-11 Alkitab Berita Baik (BM)
“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Filadelfia: Inilah perkhabaran daripada Dia yang suci dan setia. Dia memegang kunci yang dimiliki Daud; apabila Dia membuka pintu, tidak seorang pun dapat menutupnya, dan apabila Dia menutupnya, tidak seorang pun dapat membukanya. Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu tidak seberapa kuat, tetapi kamu telah mengikut ajaran-Ku dan setia kepada-Ku. Aku telah membuka sebuah pintu bagi kamu, yang tidak dapat ditutup oleh sesiapa pun. Ketahuilah! Orang yang berpihak kepada Iblis, pendusta-pendusta yang mengaku diri mereka orang Yahudi padahal bukan, akan Aku bawa kepada kamu untuk bersujud di hadapan kamu. Mereka semua akan tahu bahawa Aku mengasihi kamu. Kerana kamu menurut perintah-Ku supaya tabah ketika menanggung penderitaan, Aku pun akan menyelamatkan kamu daripada masa kesusahan yang akan menimpa seluruh dunia untuk menguji semua orang di bumi. Aku akan segera datang! Jagalah baik-baik apa yang kamu miliki, supaya tidak seorang pun merampas hadiah kemenangan kamu.
WAHYU 3:7-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrmula tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diFiladelfia; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih dia yang suchi, dan iya yang bŭnar, dan iya yang mŭmŭgang anak kunchi Daud, maka iya yang mŭmbuka, sa’orang pun tiada dapat mŭnutop; dan mŭnutop sa’orang pun tiada dapat mŭmbuka; Bahwa aku kŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu: maka sŭsungguhnya, tŭlah kudirikan dihadapanmu suatu pintu yang tŭrbuka, maka sa’orang juapun tiada dapat mŭnutopkan dia; kŭrna adalah angkau sŭdikit kuat, dan tŭlah mŭmliharakan pŭrkataanku, maka tiada angkau bŭrsangkal akan namaku. Maka sŭsungguhnya, aku akan mŭnjadikan dia orang kŭnisa Sheitan, yang mŭngatakan dirinya orang Yahudi, tŭtapi bukan, mŭlainkan iya bŭrdusta; bahwasanya, aku kŭlak mŭnjadikan marika itu datang sujud dikakimu, dan iya kŭlak mŭngatahui aku mŭngasihi dikau. Maka sŭbab angkau tŭlah mŭmliharakan pŭrkataan sabarku, maka aku pun akan mŭmliharakan dikau deripada waktu pŭrchobaan, yang akan datang ka’atas sluroh bumi, iya itu akan mŭnchobai sagala yang diam diatas muka bumi. Maka sŭsungguhnya, dŭngan sŭgranya aku akan datang, pŭganglah tŭgoh tŭgoh pŭrkara yang ada kapadamu itu, supaya jangan diambil ulih sa’orang juapun akan mahkotamu itu.
WAHYU 3:7-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Kepada malaikat jemaah di Filadelfia, tulislah: Inilah kata-kata daripada Dia yang suci dan sejati dan yang memegang kunci milik Daud. Apabila Dia membuka pintu, tiada siapa yang dapat menutupnya, dan apabila Dia menutupnya, tiada siapa yang dapat membukanya. Aku tahu perbuatanmu. Lihatlah Aku telah membukakan sebuah pintu untukmu, dan tiada siapa yang dapat menutupnya. Aku tahu bahawa kamu tidaklah begitu kuat, tetapi kamu taat kepada firman-Ku dan tidak sekali-kali menyangkal nama-Ku. Aku akan membuat mereka daripada jemaah Iblis, para pendusta yang bukan Yahudi tetapi mengaku diri orang Yahudi datang kepadamu dan sujud pada kakimu. Sememangnya mereka akan tahu bahawa Aku mengasihimu. Oleh sebab kamu taat akan perintah-Ku supaya tabah menanggung kesengsaraan, Aku akan menyelamatkanmu daripada masa pancaroba yang akan menimpa seluruh dunia sebagai dugaan kepada umat manusia. Aku akan datang segera. Peliharalah apa yang ada padamu dengan sempurna, supaya mahkotamu tidak diragut orang.