WAHYU 3:17-18
WAHYU 3:17-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu berkata, ‘Kami kaya dan serba cukup; kami tidak kekurangan sesuatu pun.’ Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sangat melarat dan keadaan kamu sangat menyedihkan! Kamu miskin, telanjang, dan buta. Oleh itu Aku menasihati kamu: Belilah emas daripada Aku, belilah emas tulen supaya kamu menjadi kaya. Belilah pakaian putih juga supaya kamu berpakaian dan menutupi keadaan kamu yang telanjang serta memalukan itu. Belilah ubat juga untuk mata kamu supaya boleh melihat.
WAHYU 3:17-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab angkau bŭrkata, aku kaya, dan bŭrtambah tambah dŭngan harta, dŭngan tiada bŭrkorangan barang apa apa; tŭtapi tiada angkau katahui bahwa angkau chilaka, dan malang, dan miskin, dan buta, dan bŭrtŭlanjang: Maka aku nasihatkan akan dikau bŭlilah mas deripadaku yang tŭlah diuji dŭngan api, supaya angkau kŭlak mŭnjadi kaya; dan lagi pakiean putih, supaya angkau bŭrsalin, dan supaya malu tŭlanjangmu itu jangan klihatan; dan lantekkanlah matamu dŭngan chŭlak, supaya angkau bulih mŭlihat.
WAHYU 3:17-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu berkata, ‘Aku kaya dan cukup segala-galanya, tiada kekurangan apa-apa.’ Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sebenarnya dalam keadaan yang serba kekurangan dan amat malang, miskin, telanjang serta buta. Dengan demikian Kunasihati kamu: Belilah emas daripada-Ku, emas tulen, supaya kamu kaya. Belilah pakaian putih untuk menutup tubuhmu yang telanjang lagi mengaibkan. Belilah ubat untuk matamu supaya dapat melihat.