WAHYU 21:4-5
WAHYU 21:4-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.” Kemudian Dia yang duduk di atas takhta itu berkata, “Sekarang Aku menjadikan semuanya baru!” Dia juga berkata kepadaku, “Tuliskanlah ini, kerana kata-kata ini benar dan dapat dipercayai.”
WAHYU 21:4-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa Allah akan mŭnyapu sagala ayer mata deri pada matanya, dan maut pun tiada lagi, atau dukachita, atau tangisan, atau kŭsakitan pun tiada lagi; kŭrna sagala pŭrkara yang lama itu tŭlah lalu. Maka bŭrkatalah orang yang dudok diatas arash itu, katanya, Bahwa sŭsungguhnya aku mŭnjadikan sagala pŭrkara itu bahru; sŭrta katanya padaku, Tulislah, kŭrna pŭrkataan inilah bŭnar dan sŭtiawan adanya.
WAHYU 21:4-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap.” Kemudian Dia yang bersemayam di atas takhta berkata, “Lihatlah, Aku telah mencipta segalanya baru.” Dia berfirman kepadaku, “Tuliskanlah, kerana kata-kata ini benar dan tepat.”