WAHYU 21:3-6
WAHYU 21:3-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku mendengar suara lantang berseru dari takhta itu, “Sekarang Allah tinggal bersama-sama manusia! Dia akan hidup bersama-sama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Allah sendiri akan tinggal bersama-sama mereka dan menjadi Allah mereka. Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.” Kemudian Dia yang duduk di atas takhta itu berkata, “Sekarang Aku menjadikan semuanya baru!” Dia juga berkata kepadaku, “Tuliskanlah ini, kerana kata-kata ini benar dan dapat dipercayai.” Dia berkata, “Sudah selesai! Akulah yang pertama dan yang terakhir, Akulah Tuhan dari permulaan sampai penghabisan. Orang yang dahaga akan Aku berikan air minum dengan percuma dari sumber air yang memberikan hidup.
WAHYU 21:3-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kudŭngar suatu swara bŭsar deri langit, katanya, Bahwa sŭsungguhnya ka’abah Allah ada diantara manusia, maka iya kŭlak diam bŭrsama sama dŭngan dia; marika itu kŭlak mŭnjadi kaumnya, maka Allah sŭndirinya kŭlak ada bŭrsama sama dŭngan marika itu, sŭrta mŭnjadi Allahnya. Bahwa Allah akan mŭnyapu sagala ayer mata deri pada matanya, dan maut pun tiada lagi, atau dukachita, atau tangisan, atau kŭsakitan pun tiada lagi; kŭrna sagala pŭrkara yang lama itu tŭlah lalu. Maka bŭrkatalah orang yang dudok diatas arash itu, katanya, Bahwa sŭsungguhnya aku mŭnjadikan sagala pŭrkara itu bahru; sŭrta katanya padaku, Tulislah, kŭrna pŭrkataan inilah bŭnar dan sŭtiawan adanya. Maka bŭrkatalah iya padaku, Sudahlah habis. Bahwa aku Alif dan Ya, iya itu pŭrmulaan dan kasudahan. Maka aku handak mŭmbri kapada orang yang dahaga itu minum deri dalam mata ayer hayat dŭngan chuma chuma.
WAHYU 21:3-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku mendengar suara lantang dari takhta berkata, “Lihatlah, tempat kediaman Allah sekarang berserta manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Allah sendiri akan bersama mereka sebagai Allah mereka. Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap.” Kemudian Dia yang bersemayam di atas takhta berkata, “Lihatlah, Aku telah mencipta segalanya baru.” Dia berfirman kepadaku, “Tuliskanlah, kerana kata-kata ini benar dan tepat.” Firman-Nya lagi, “Segalanya telah selesai! Akulah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terakhir. Aku akan memberikan mata air hidup dengan percuma kepada sesiapa yang dahaga.