WAHYU 21:3-4
WAHYU 21:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku mendengar suara lantang berseru dari takhta itu, “Sekarang Allah tinggal bersama-sama manusia! Dia akan hidup bersama-sama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Allah sendiri akan tinggal bersama-sama mereka dan menjadi Allah mereka. Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.”
WAHYU 21:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kudŭngar suatu swara bŭsar deri langit, katanya, Bahwa sŭsungguhnya ka’abah Allah ada diantara manusia, maka iya kŭlak diam bŭrsama sama dŭngan dia; marika itu kŭlak mŭnjadi kaumnya, maka Allah sŭndirinya kŭlak ada bŭrsama sama dŭngan marika itu, sŭrta mŭnjadi Allahnya. Bahwa Allah akan mŭnyapu sagala ayer mata deri pada matanya, dan maut pun tiada lagi, atau dukachita, atau tangisan, atau kŭsakitan pun tiada lagi; kŭrna sagala pŭrkara yang lama itu tŭlah lalu.
WAHYU 21:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku mendengar suara lantang dari takhta berkata, “Lihatlah, tempat kediaman Allah sekarang berserta manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Allah sendiri akan bersama mereka sebagai Allah mereka. Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap.”