WAHYU 21:23-27
WAHYU 21:23-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kota itu tidak memerlukan sinaran matahari dan bulan, kerana kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu pelitanya. Semua bangsa berjalan dalam cahayanya, dan raja-raja di bumi membawa kemuliaan mereka ke dalamnya. Pintu gerbangnya tidak pernah ditutup pada siang hari kerana malam tiada lagi. Kemuliaan dan kehormatan segala bangsa akan dibawa ke dalamnya. Tiada sekali-kali masuk ke dalamnya sesuatu yang najis atau sesiapa yang melakukan perbuatan keji atau berdusta. Manusia yang masuk ke dalamnya hanyalah yang tersurat namanya di dalam Kitab Hidup Anak Domba.
WAHYU 21:23-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Kota itu tidak memerlukan matahari ataupun bulan untuk menyinarinya, kerana kemuliaan Allah meneranginya, dan Anak Domba itu lampunya. Bangsa-bangsa di dunia akan hidup dalam cahayanya, dan raja-raja dunia pun akan membawa kekayaan mereka ke dalam kota itu. Pintu gerbang kota itu akan terbuka sepanjang hari; pintu gerbang kota tidak akan ditutup kerana tidak ada malam di situ. Kebesaran dan kekayaan bangsa-bangsa akan dibawa ke dalam kota itu. Tetapi segala sesuatu yang najis tidak akan masuk ke kota itu, demikian juga orang yang melakukan perkara-perkara memalukan, dan orang yang berdusta. Hanya orang yang nama mereka tertulis di dalam Kitab Orang Hidup, yang dimiliki oleh Anak Domba akan masuk ke kota itu.
WAHYU 21:23-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka pada nŭgri itu tiadalah bŭrguna chaya matahari, dan chaya bulan mŭnŭrangi dia; kŭrna kamuliaan Allah ada mŭnŭrangi akan dia, dan anak Domba itupun mŭnjadi trangnya. Adapun sagala bangsa orang yang bŭrulih slamat itu kŭlak akan bŭrjalan dalam trangnya itu, dan sagala raja raja dibumi itupun akan mŭmbawa kamuliaan, dan hormatnya kadalamnya itu. Maka pintu pintu gŭrbangnya itupun tiada kŭlak tŭrkunchi skali kali pada siang hari, tŭgal tiadalah malam disana. Maka dibawa kŭlak orang kamuliaan, dan hormat sagala bangsa kŭdalamnya. Maka tiada akan masok kŭdalamnya skali kali barang yang mŭnŭjiskan, atau yang mŭngŭrjakan pŭrkataan kabŭnchian, atau yang bŭrtutor bohong, hanya sagala orang yang tŭrtulis namanya dalam kitab hayat anak Domba itu.