WAHYU 20:13-14
WAHYU 20:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu laut menyerahkan orang mati yang ada di dalamnya. Maut dan alam maut pun menyerahkan orang mati yang di situ. Semua orang mati diadili menurut perbuatan masing-masing. Kemudian maut dan alam maut dibuang ke dalam lautan api. (Lautan api ini kematian tahap kedua.)
WAHYU 20:13-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka laut pun mŭngluarkanlah sagala orang mati dalamnya; maka maut dan liang lahad pun mŭngluarkan sagala orang mati dalamnya; maka marika itu pun dihukumkanlah masing masing spŭrti pŭrbuatannya. Maka maut dan liang lahad itupun dibuangkanlah kadalam tasik api, bahwa inilah maut yang kadua.
WAHYU 20:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Laut menyerahkan orang mati yang di dalamnya; Maut dan Alam Maut menyerahkan orang mati yang di dalamnya. Semuanya dihakimi, menurut perbuatan masing-masing. Kemudian Maut dan Alam Maut dihumbankan ke dalam lautan api. Inilah kematian kedua iaitu kematian di lautan api.