WAHYU 2:20-23
WAHYU 2:20-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Aku mencela kamu tentang hal ini: Kamu membenarkan Izebel, perempuan yang mengaku dirinya pesuruh Allah mengajar umat-Ku. Dengan ajarannya, dia menyesatkan hamba-hamba-Ku sehingga mereka melakukan perbuatan cabul dan makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala. Aku sudah memberikan peluang kepadanya untuk bertaubat daripada dosa, tetapi dia tidak mahu berhenti melakukan perbuatan cabul. Oleh itu, Aku akan menghukum dia dengan penyakit dan mereka yang berzina dengan dia akan mengalami penderitaan yang dahsyat. Aku akan melakukan semua itu sekarang juga, kecuali mereka bertaubat daripada perbuatan keji yang dilakukan bersama-sama dia. Aku juga akan membunuh pengikut-pengikutnya, lalu semua jemaah akan tahu bahawa Akulah Dia yang menyelami fikiran dan hati manusia. Aku akan membalas kamu menurut perbuatan masing-masing.
WAHYU 2:20-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akan tŭtapi ada padaku pŭrdawaan sŭdikit atasmu, tŭgal angkau mŭmbiarkan akan pŭrampuan Jezebel itu, yang mŭngatakan dirinya nabi, yang mŭngajar dan mŭnyŭsatkan hamba hambaku supaya bŭrbuat zinah, sŭrta mŭmakan sagala pŭrkara yang dipŭrsŭmbahkan pada bŭrhala. Maka aku tŭlah mŭlanjutkan waktu padanya supaya iya bŭrtaubat deripada zinahnya; tŭtapi tiada juga iya bŭrtaubat. Bahwa sŭsungguhnya, aku akan mŭrŭbahkan kŭlak akan dia ditŭmpat tidor, dan orang orang yang bŭrzinah dŭngan dia itupun dalam sŭngsara yang bŭsar, mŭlainkan kalau marika itu bŭrtaubat deripada pŭrbuatannya itu. Maka aku akan mŭmbunoh kanak kanaknya dŭngan mati; maka sagala sidang jŭmaah kŭlak akan mŭngatahui, bahwa akulah dia yang mŭnyŭlidiki akan sagala buah pinggang dan hati: maka aku kŭlak akan mŭmbalas bagie kamu masing masing sakŭdar pŭrbuatannya.
WAHYU 2:20-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun demikian, Aku mencelamu kerana satu perkara: Kamu membenarkan perempuan bernama Izebel yang mengaku dirinya nabiah Allah itu mengajar umat-Ku. Dia mengajar dan menyesatkan hamba-hamba-Ku sehingga mereka melakukan pencabulan dan makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala. Aku telah memberinya peluang untuk bertaubat tetapi dia enggan menghentikan perbuatannya yang cabul. Ketahuilah, Aku akan menghukumnya ke atas ranjang dengan sakit terlantar dan mereka yang berzina dengannya akan menanggung kesengsaraan yang dahsyat melainkan mereka bertaubat daripada perbuatan mereka dengannya. Aku juga akan meragut nyawa anak-anaknya, supaya seluruh jemaah tahu bahawa Akulah yang menyelami hati dan fikiran manusia. Aku akan memberikan balasan yang setimpal dengan perbuatan setiap orang.