WAHYU 2:1-7
WAHYU 2:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Efesus: Inilah perkhabaran daripada Dia yang memegang tujuh buah bintang pada tangan kanan-Nya dan yang berjalan di antara tujuh buah kaki pelita daripada emas. Aku mengetahui apa yang telah kamu lakukan; Aku tahu bahawa kamu bekerja keras dan tabah menanggung penderitaan. Aku tahu bahawa kamu tidak tahan lagi dengan orang jahat. Kamu sudah menguji orang yang mengaku diri mereka rasul padahal bukan, dan kamu sudah mendapati mereka pendusta. Kamu tabah menanggung penderitaan; kamu sudah menderita kerana Aku, dan kamu tidak putus asa. Tetapi Aku mencela kamu tentang hal ini: Kamu tidak mengasihi Aku lagi seperti ketika kamu mula-mula percaya kepada-Ku. Ingatlah betapa dalamnya kamu sudah jatuh ke dalam dosa. Bertaubatlah daripada dosa kamu dan lakukanlah apa yang kamu lakukan ketika kamu mula-mula percaya kepada-Ku. Jika tidak, Aku akan datang kepada kamu dan menyingkirkan kaki pelita kamu dari tempatnya. Tetapi ada sesuatu yang baik pada kamu: Kamu membenci perbuatan pengikut Nikolaus, yang juga Aku benci. Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah! Mereka yang menang akan Aku benarkan makan buah dari pokok yang memberikan hidup, yang tumbuh di Taman Allah.”
WAHYU 2:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BŬRMULA tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diEfesus; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih yang mŭmŭgang tujoh buah bintang pada tangan kanannya itu, yang bŭrjalan ditŭngah tŭngah tujoh kaki dian yang kaamasan itu; Bahwa kukŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, dan kalŭlahanmu, dan sabarmu, dan bagimana angkau ta’bulih tŭrtahan akan orang orang yang jahat itu; dan angkau tŭlah mŭnchobai akan orang orang yang mŭngatakan dirinya rasul rasul itu, tŭtapi bukannya, dan angkau tŭlah mŭndapati marika itu pŭmbohong adanya: Maka angkau tŭlah mŭnanggong, dan tŭlah sabar, dan deri sŭbab namaku angkau tŭlah bŭrlŭlah, dan tiada tahu pŭnat. Akan tŭtapi, ada padaku pŭrdawaan bagiemu, sŭbab kamu tŭlah mŭninggalkan kasih yang pŭrtama itu. Maka sŭbab itu ingatlah derimana angkau tŭlah jatoh itu, handaklah angkau bŭrtaubat, sŭrta bŭrbuatlah pŭkŭrjaan yang pŭrtama itu: kalau tidak kŭlak aku akan datang kapadamu dŭngan sŭgrahnya, dan akan mŭmindahkan kaki dianmu itu deripada tŭmpatnya, mŭlainkan jika angkau bŭrtaubat. Tŭtapi inilah hal kaadaanmu, sŭbab angkau tŭlah mŭmbŭnchikan pŭrbuatan Nikolaitanes, iya itu yang aku pun mŭmbŭnchikan. Maka barang siapa yang ada bŭrtŭlinga, handaklah didŭngarnya apa yang dikatakan ulih Roh kapada sidang sidang jŭmaah itu; maka kapada orang yang mŭnang, aku kŭlak akan mŭmbri makan deripada buah pohon kayu hayat itu, iya itu yang ada ditŭngah fardos Allah.
WAHYU 2:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Kepada malaikat jemaah di Efesus, tulislah: Inilah firman daripada Dia yang memegang tujuh bintang di tangan kanan-Nya dan yang melangkah di antara tujuh kaki pelita daripada emas: Aku tahu perbuatanmu, jerih payahmu dan ketabahanmu. Aku tahu bahawa kamu tidak tahan lagi dengan kejahatan orang durjana. Kamu telah menguji orang yang membuat pengakuan palsu bahawa mereka rasul padahal mereka bukan, dan kamu telah mendapati mereka itu pendusta. Kamu tetap tabah dan tetap menderita kerana nama-Ku tanpa berputus asa. Namun demikian, Aku mencelamu kerana satu perkara: Kamu telah meninggalkan kasihmu yang pertama. Sedarilah betapa dalamnya kamu telah terjerumus. Bertaubatlah dan lakukanlah apa yang kamu lakukan mula-mula lagi. Jika tidak, Aku akan datang dan mengalihkan kaki pelitamu dari tempatnya. Namun demikian, ada sesuatu yang baik padamu: Kamu benci akan perbuatan pengikut Nikolaus yang juga Kubenci. Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Kepada yang menang akan Kuizinkan makan buah dari pokok hayat di Taman Firdaus Allah.”